CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pakar Makyung Prof Ghulam-Sarwar Yousof meninggal dunia

[Copy link]
Post time 11-11-2022 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Pakar Makyung Prof Ghulam-Sarwar Yousof meninggal dunia

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 10, 2022 @ 11:44pm    [email protected]




Pakar Makyung, Prof Ghulam-Sarwar Yousof meninggal dunia pada usia 83 tahun di kediamannya di Tanjung Tokong, Georgetown, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan Facebook Page Ghulam-Sarwar Yousof




GEORGETOWN: Pakar Makyung yang juga cendekiawan tradisional, Prof Ghulam-Sarwar Yousof meninggal dunia pada usia 83 tahun di kediamannya di Tanjung Tokong, di sini, hari ini.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia ketika tidur dan pemergiannya disedari isterinya, Hajrah Beebee, 80, kira-kira jam 9 pagi.

Aktivis, Salma Khoo Nasution dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, beliau mengenali tokoh itu selama lebih 30 tahun dan bersedih apabila mendapat khabar kehilangan Allahyarham Ghulam-Sarwar.

Katanya, pada 3 Oktober lalu, Allahyarham mengumumkan bahawa beliau telah meninggalkan Kuala Lumpur untuk kembali ke Pulau Pinang dan turut menyatakan hasrat untuk mengaktifkan semula pusat penyelidikannya.

"Saya sangat tidak sabar bertemu dengannya lagi untuk mendengar kata-katanya yang ilmiah. Ini akan menjadi pusat penyelidikan yang luar biasa.

"Pengetahuan ensiklopedianya mengenai teater Asia terkumpul selama beberapa dekad namun dengan pemergiannya, kita telah kehilangan sebuah institusi kebudayaan," tulisnya.

Allahyarham meninggalkan dua anak iaitu Malik Imtiaz, 52, yang juga seorang peguam dan Dr Malik Mumtaz, 56, serta empat cucu.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Pakistan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak selepas solat Maghrib.

Seorang rakan, Anwar Fazal berkata, Allahyarham menghabiskan enam bulan terakhir ini berpindah ke Pulau Pinang di samping menyewa satu ruang untuk dijadikan pusat penyelidikan serta perpustakaan bagi menempatkan koleksi seni budaya dan karya ilmiahnya.

"Kali terakhir saya bertemu dengannya di kedai nasi kandar di Jelutong. Kami berbual mengenai koleksinya dan bagaimana beliau tidak sabar-sabar ntuk memulakan program kebudayaan di universiti tempatan," katanya.

Allahyarham memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dalam Makyung pada 1976 dari Universiti Hawaii yang menjadi pengiktirafan PhD pertama di dunia dalam bidang seni persembahan Melayu.

Beliau turut bertanggungjawab memperkenalkan dan mengetuai program seni persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1970 yang juga pertama seumpamanya di negara ini dan mengajar di sana selama 19 tahun.

Allahyarham juga seorang profesor dalam pengajian teater di Universiti Malaya (UM) dan kemudian mengajar bahasa Inggeris di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), selain menjadi profesor pelawat di beberapa universiti di Asia, Australia dan Eropah.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.081592 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list