CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zakat Pulau Pinang, Perkeso kongsi data bagi bantu asnaf

[Copy link]
Post time 11-11-2022 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Zakat Pulau Pinang, Perkeso kongsi data bagi bantu asnaf

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



AZMAN Aziz Mohammed (dua dari kiri) bersama Datuk Amran Hazali (dua dari kanan) menandatangani memorandum. FOTO Danial Saad




Butterworth: Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalinkan kerjasama dalam aspek perkongsian data dan maklumat bagi membolehkan golongan asnaf di negeri ini dipelihara dengan sewajarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP Datuk Amran Hazali berkata, ZPP menerima pelbagai kecaman dan dakwaan tidak berasas di media sosial berhubung isu kelewatan agensi itu menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Menurutnya, perkara sebegitu berlaku ekoran pihak ZPP mempunyai maklumat terhad yang menyebabkan memerlukan kerjasama dengan pihak lain bagi mengelak persepsi negatif itu berlarutan.

"Situasi sama juga dihadapi oleh Perkeso yang turut berdepan dengan masalah data dan maklumat yang memerlukan kedua-dua agensi ini bekerjasama.

"Hal ini, kita nak elakkan syak wasangka dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap peranan yang dimainkan kedua-dua agensi ini iaitu ZPP dan Perkeso," katanya ditemui selepas Majlis Pemeteraian Memorandum Kolaborasi (MoC) berhubung perkongsian data dan maklumat melalui Sistem MySynergy di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Amran mewakili ZPP manakala Perkeso diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Mengulas lanjut, Amran berkata, kerjasama itu diharap dapat mempertingkatkan kecekapan tadbir urus ZPP bagi membantu golongan memerlukan yang tercicir daripada menerima bantuan sebelum ini.

"Sinergi ini adalah satu bentuk kerjasama yang kita boleh kongsi data dan kongsi maklumat terutamanya golongan yang memerlukan supaya tidak berlaku pertindihan data serta berlakunya isu yang melibatkan kepentingan golongan fakir miskin.

"Dalam hal ini, Perkeso boleh rujuk kepada ZPP sama ada bantuan sudah diberikan. ZPP juga boleh rujuk Perkeso banyak mana bantuan sudah diberikan kepada golongan terlibat, supaya kita dapat kenal-pasti golongan yang belum kita bantu.

"Justeru, tidak berlaku lagi isu terlepas pandang seperti yang didakwa masyarakat. Melalui kerjasama ini juga, kita boleh selaraskan data dan periksa data kemiskinan," katanya.


Disiarkan pada: November 11, 2022 @ 2:22pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list