CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRU-15: Calon PH Kepala Batas tanggung hutang lebih RM100,000

[Copy link]
Post time 17-11-2022 07:06 PM | Show all posts |Read mode
PRU-15: Calon PH Kepala Batas tanggung hutang lebih RM100,000



Nur Izzati Mohamad
[email protected]



DANIAL menunjukkan senarai harta dan hutang yang ditanggungnya ketika ini. FOTO ihsan Muda




Kepala Batas: Danial Abdul Majeed dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kepala Batas atas tiket Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menanggung hutang lebih RM100,000.

Jurutera berusia 26 tahun itu berkata, antara hutang yang ditanggung termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM23,000, baki pinjaman kereta (RM27,694), motosikal (RM5,500) dan dua pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan serta hal-hal lain dengan baki bayaran lebih RM37,000.

Katanya, beliau pula hanya hanya memiliki aset iaitu sebuah Perodua Axia dan motosikal Yamaha Y-15 bernilai RM53,300.

"Di dalam tiga akaun bank milik saya mempunyai wang simpanan hanya berjumlah RM3,125.31 dan setakat 30 September lalu akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya hanya ada sekitar RM6,501.

"Ini menjadikan jumlah liabiliti yang ditanggung ketika ini bernilai RM102,146 yang menjadikan jumlah bersih aset milik saya ialah defisit RM39,218.99," katanya yang mengisytiharkan harta miliknya, hari ini.

Beliau berkata, kesemua aset yang diperoleh itu adalah sebelum beliau bergiat aktif dalam politik sejak 2017 hingga 30 September lalu.

Dalam pada itu, Danial turut mencabar semua calon yang bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan dapat membuat tindakan sama sepertinya bagi memastikan budaya politik di Kepala Batas bersih dan bebas rasuah.

"Saya juga mahu menyeru semua calon untuk berdebat atau diskusi bagi menyatakan aspirasi mereka kepada masyarakat dan pengundi sekiranya dipilih pada PRU-15 ini pada jam 3 petang esok di Bilik Operasi Utama Muda, di Bertam.

"Saya faham di saat akhir ini mungkin calon-calon lain mempunyai kekangan dengan jadual yang padat.

"Bahkan, saya terbuka dan bersedia untuk pergi ke mana saja dan tidak kira waktu sekiranya ada calon mahu melakukan debat ini di tempat mereka kerana rakyat di sini mahu kenal dan lebih mengetahui siapa yang bakal mereka pilih pada 19 November nanti," katanya.


Disiarkan pada: November 17, 2022 @ 6:37pm


sumber






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.080371 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list