CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 1

[Pulau Pinang] SPRM buka 8 kertas siasatan babitkan kakitangan kerajaan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 21-11-2022 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-11-2022 01:14 PM

SPRM buka 8 kertas siasatan babitkan kakitangan kerajaan Pulau Pinang

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - November 21, 2022 @ 12:31pm    [email protected]






GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka lapan kertas siasatan terhadap kakitangan kerajaan negeri berkaitan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, sepanjang 2020 hingga 2022.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri terbuka bagi menerima sebarang siasatan berkaitan jenayah rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kakitangan kerajaan Negeri.

"Sebarang bentuk kesalahan akan disiasat oleh agensi penguatkuasaan dan disabitkan kesalahan oleh pihak pendakwaan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan Mohd Yusni Mat Piah (PAS-Penaga) berkenaan jumlah kes SPRM dan tindakan kerajaan negeri terhadap mereka yang masih dalam siasatan.

"Ia akan disiasat agensi penguatkuasaan dan disabitkan kesalahan oleh pihak pendakwaan manakala bagi kakitangan kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengambil tindakan antaranya Peraturan-Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pulau Pinang) 1997 untuk tujuan penahanan kerja jika melibatkan prosiding jenayah.

"Selain itu kerajaan negeri sudah dan akan mengambil tindakan terhadap semua laporan SPRM setelah laporan lengkap diterima berhubung salah laku membabitkan exco, ADUN, kakitangan kerajaan negeri jika kes itu tidak disabitkan kesalahan pada peringkat mahkamah," katanya.

Pada 29 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan, berkata amalan menerima suapan, salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu dalam kalangan penjawat awam membimbangkan di Pulau Pinang.

Menurut Azam, berdasarkan statistik SPRM sebanyak 919 aduan sudah diterima berhubung kesalahan itu sejak 2019.
Kon Yeow berkata, sehari kemudiannya Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan meminta SPRM telus dalam mendedahkan jumlah kes rasuah yang dihadapkan ke mahkamah dan penjawat awam yang didapati bersalah di negeri itu.

Beliau berkata, hal ini bagi memastikan imej penjawat awam dan kerajaan negeri tidak tercemar hanya berdasarkan jumlah aduan yang diterima sejak 2019.




Kon Yeow pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Dewan Undangan Negeri, Lebuh Light, Georgetown di sini, hari ini.- Foto NSTP/Mikail Ong









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2022 01:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.487364 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list