CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan

[Copy link]
Post time 21-11-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  21 November 2022     04:47pm






Haniff Khatri




GEORGETOWN - Pandangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keperluan Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana berpandukan duluan 1974 di United Kingdom adalah berlanggar dengan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Bagaimana pun, menurut peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan kuasa pelantikan Perdana Menteri dan selanjutnya kuasa pembentukan kerajaan oleh Perdana Menteri itu diletakkan dibawah Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapakah Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Tuanku mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah terpilih di PRU15 itu.

"Peruntukan bertulis Perkara 43(2) ini tiada dalam sistem Perlembagaan United Kingdom, kerana negara itu tidak ada mana-mana perlembagaan bertulis.

"Justeru, kenyataan Tommy Thomas untuk secara terus menganggap duluan 1974 di United Kingdom perlu dituruti oleh Tuanku di sini, adalah picang, khilaf dan melanggar peruntukan bertulis Perkara 43(2) itu,"katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong mesti melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kerana gabungan itu memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum, kata Tommy Thomas.

Bekas peguam negara itu berhujah berdasarkan keputusan pilihan raya United Kingdom 1974 yang turut menyaksikan keadaan Parlimen tergantung.

Katanya, Ratu Elizabeth ketika itu mengundang gabungan yang memperoleh undi terbanyak untuk membentuk kerajaan.




Justeru, katanya, oleh kerana Malaysia turut menggunakan sistem parlimen Westminster, Anwar patut diberikan peluang diberikan peluang untuk menjadi perdana menteri."

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, sejumlah besar keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah Tertinggi di Malaysia yang dengan jelas telah berulangkali menyatakan bahawa takrifan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak boleh bersandarkan mana-mana perlembagaan bertulis mahupun tidak bertulis negara luar, termasuk United Kingdom.

Jelasnya, kandungan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kita telah digubal dengan mengambil kira keunikan sejarah dan keadaan semasa dari sebelum dan semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka.

Tambah beliau, dalam erti kata lain Perlembagaan Malaysia tidak pernah dimaksudkan dan bukanlah begitu mudah menjadi cerminan perlembagaan United Kingdom yang tidak tertulis.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list