View: 358|Reply: 0
|
[Kedah]
Tiga rakan dituduh merompak guna pistol mainan
[Copy link]
|
|

TIGA sahabat dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Alor Setar atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan FOTO Zuliaty Zulkiffli
Alor Setar: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan pistol mainan di sebuah stesen minyak pada 12 November lalu.
Bagaimanapun ketiga-tiga tertuduh, Mohd Aliff Danish Abdullah, 24, Muhammad Iqmal Md Yusli, 22, dan Mohd Zamanizam Mat Hassan, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan ke atas individu berusia 24 tahun dengan bersenjatakan pistol mainan di sebuah stesen minyak di Kodiang, Kubang Pasu pada jam 4.15 pagi, 12 November lalu.
Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan disebat.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syifa Mohd Hamzah, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur Syifa kemudian mencadangkan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Mahkamah kemudiannya membenarkan ketiga-tiga tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan kesemua mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada 1 hari bulan setiap bulan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 29 Disember depan.
Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh gagal membayar wang jaminan menyebabkan mereka dibawa ke penjara.
Sebelum ini akhbar melaporkan mengenai penahanan tiga suspek yang bertindak melarikan diri dengan menggunakan kereta Proton Satria, selepas merompak sebuah stesen minyak di Kodiang menggunakan pistol mainan.
Penahanan ketiga-tiga mereka dilakukan di sekitar Jitra dan Changlun, hanya sehari selepas rompakan itu dilakukan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -guna-pistol-mainan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|