View: 344|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Kerajaan negeri akan dapatkan peruntukan kecemasan baik pulih cerun
[Copy link]
|
|
KEJADIAN tanah runtuh di Taman Bukit Belian awal pagi tadi. FOTO Azrul Edham
Seremban: Kerajaan negeri akan mendapatkan peruntukan kecemasan untuk baik pulih runtuhan cerun dekat Taman Bukit Berlian di sini, pagi hari ini dalam masa terdekat.
Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong berkata, pihaknya juga bercadang untuk menyediakan kemudahan rumah inap desa kepada penduduk yang terjejas sebagai langkah jangka panjang.
"Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan ini tidak sesuai untuk diduduki buat sementara waktu kerana ia berisiko dan sebagai langkah awal, kita akan sediakan pusat pemindahan sementara (PPS) buat penduduk.
"Kerajaan negeri akan sedaya upaya untuk membantu dari segi penginapan dan untuk jangka panjang, kami bercadang untuk sediakan 'homestay' buat penduduk," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Teo berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan kecemasan bagi kerja baik pulih cerun dalam masa terdekat, namun penduduk diharap dapat memahami kerana prosesnya akan mengambil masa.
"Ssaya sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat penilaian bagaimana tahap risiko kawasan ini.
"Cuma setakat ini melalui mata kita ia kurang selamat dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak bertanggungjawab," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-baik-pulih-cerun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|