CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Pulau Pinang] Flat terkotor di Pulau Pinang rekod 5 kes demam denggi

[Copy link]
Post time 5-12-2022 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Flat terkotor di Pulau Pinang rekod 5 kes demam denggi

Nur Izzati Mohamad
[email protected]



WAZIR melakukan pemeriksaan dan mengambil sampel jentik-jentik ketika Ops Vektor. FOTO Danial Saad




Butterworth: Sebuah flat di Taman Teluk Indah, Perai, di sini yang digelar paling terkotor di Pulau Pinang masih tidak berubah wajah, bahkan semakin teruk sehingga kawasan itu diisytihar lokaliti wabak tidak terkawal selepas terdapat lima kes demam denggi direkodkan sejak 6 November lalu.

Dalam pemeriksaan khas yang dijalankan Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) kira-kira jam 10 pagi tadi, mendapati terdapat kawasan pembiakan jentik-jentik hampir di setiap 20 tingkat di flat berkenaan.

Perkara itu terjadi berikutan persekitaran flat tidak bersih dengan kehidupan penghuninya bergelumang dengan sampah sarap yang dibuang begitu saja tanpa diuruskan secara sistematik.

Semasa pemeriksaan dijalankan juga didapati ada penghuni yang mencampak sisa sampah dari atas tanpa rasa bersalah kerana ia sudah menjadi kebiasaan mereka.

Ketua Inspektorat Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya sebelum itu beberapa kali mengadakan pemeriksaan sepanjang tahun ini namun keadaan masih sama tanpa sebarang perubahan.

"Situasi ini turut ditularkan dalam media sosial tetapi bagaimana anda lihat dalam video tular itu, keadaannya masih sama saja seperti dalam pemeriksaan hari ini.

"Pihak kita pernah mengajak penghuni dalam satu program gotong-royong tetapi malangnya tidak mendapat sambutan dan ia terpaksa dibatalkan memandangkan lebih 80 peratus yang hadir hanya terdiri daripada anggota kesihatan.

"Dalam hal ini, penghuni yang sepatutnya mengambil peranan serta tanggungjawab mereka dan kita (anggota kesihatan) hanya membantu tetapi terbalik pula," katanya selepas mengadakan pemeriksaan di flat berkenaan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga Minggu Epid (ME) ke-48, Pulau Pinang merekodkan 1,140 kes demam denggi dengan terdapat satu kematian di daerah Barat Daya.

"Melihat kepada situasi ini memerlukan kita sentiasa berjaga-jaga dan menjalankan pemeriksaan kerana tidak mahu lagi berlaku kematian akibat wabak ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, beliau akan mengajukan kepada pihak pengurusan flat dan pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penghuni yang membuang sampah dalam memastikan kawasan itu bebas daripada pembiakan jentik-jentik.

"Apa kita dapati kawasan ini mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kita berharap ada tindakan dapat diambil kerana bimbang akan kesihatan penghuni di sini.

"Ini kerana dalam tempoh hampir satu bulan ini terdapat lima kes demam denggi dan bakal diisytiharkan sebagai kawasan paling berbahaya wabak dalam tempoh dua hari lagi sekiranya ia masih tidak terkawal," katanya.


Disiarkan pada: Disember 5, 2022 @ 1:27pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list