View: 484|Reply: 1
|
[Johor]
Eksport ke Singapura, antara punca telur ayam kurang di Johor
[Copy link]
|
|
Peniaga membungkus semula telur ke dalam pek lebih kecil supaya lebih ramai pengguna dapat membeli telur di kedainya dekat Bandar Baru Uda, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
ISKANDAR PUTERI: Kekurangan bekalan telur yang berlaku dalam pasaran Johor, hanya disebabkan permintaan eksport ke Singapura, selain menghantar bekalan ke pasaran di Melaka dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip, berkata Johor tidak mengalami masalah kekurangan bekalan telur ayam yang kritikal ketika ini.
"Isu telur, Johor sebenarnya tidak menghadapi kekurangan kritikal, bekalan memang kurang tetapi tidak kritikal sebab Johor adalah antara pengeluar telur besar juga (dalam negara).
"Cuma kita maklum, kebanyakan dieksport ke Singapura, dan dihantar untuk pasaran negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, sebab itu nampak kekurangan.
"Bagaimanapun daripada segi pengeluaran tidaklah berkurangan, cuma permintaan lebih sebab perlu penuhi eksport," katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media sempena Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail (HSI) Kota Iskandar di sini hari ini.
Sementara itu, Zahari berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju dan perancangan negeri berkaitan bidang pertanian.
"Berkaitan isu bekalan telur, saya yakin Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dijangka memberi kenyataan berkaitan keadaan semasa," katanya.
Semalam, media melaporkan dalam usaha menampung keperluan pasaran tempatan pada harga yang lebih rendah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera.
Menterinya, Mohamad Sabu, menyatakan antara langkah jangka pendek yang diambil kementeriannya, selain akan memastikan telur ayam yang diterima itu selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.
https://www.bharian.com.my/berit ... yam-kurang-di-johor |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ditubuhkan utk kesejahteraan dan kemakmuran singapore
atokcow pun byk menyumbang kpd kemakmuran singapura |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|