CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Terengganu] Peniaga dipenjara 3 tahun miliki rokok seludup

[Copy link]
Post time 7-12-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode

SHAFWAN Abdullah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Majistret kerana memiliki rokok seludup pelbagai jenama. FOTO Zatul Iffah Zolkiply.

Kuala Terengganu: Peniaga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki 136,040 batang rokok seludup pelbagai jenama di rumahnya.

Selain itu, tertuduh, Shafwan Abdullah, 46, turut diperintahkan membayar cukai sebanyak RM27,280 kepada Ketua Pengarah Kastam atau berdepan hukuman penjara enam bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan cukai berkenaan.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki pelbagai jenama rokok seludup yang ditaksirkan bernilai RM21,266 di sebuah rumah di Kampung Padang Air di Kuala Nerus jam 11 malam pada 20 Ogos 2019.

Semua rokok itu adalah barang yang dilarang pengimportannya di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2017.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu, Md Safrizal Mohd Safian dan Muhammad Adam Zahid manakala tertuduh diwakili peguam, Horley Isaacs.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iliki-rokok-seludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048571 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list