View: 7076|Reply: 10
|
[Tempatan]
Anak lelaki pukul ibu sampai mati, mayat mereput dalam rumah di Penang
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki tergamak memukul ibu kandungnya di bahagian kepala menggunakan objek tumpul sehingga maut dalam kejadian di Pangsapuri Orkid, Butterworth, Pulau Pinang pada Jumaat.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara dua beranak itu.
Lebih memilukan apabila teman wanita kepada suspek dikatakan turut terlibat dalam insiden terbabit.
Mayat mangsa yang berusia 60 tahun ditemukan di pangsapuri berkenaan dengan keadaan tubuhnya sudah mula mereput.
Suspek dan teman wanitanya ditahan polis di sebuah rumah sekitar Paya Terubong, Butterworth kira-kira pukul 6.30 pagi pada Isnin.
Kedua-dua suspek yang berusia 24 tahun dan 20 tahun itu direman selama tujuh hari bermula Isnin hingga 9 Februari depan, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.
Suspek dibawa ke Mahkamah Butterworth pada pukul 10.49 pagi sambil diiringi polis untuk mendapatkan proses reman.
Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan memukul kedua-dua ibu bapanya serta positif dadah.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
que kad oku untuk pasangan dari neraka tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dadah pemusnah keluarga
Sampai sanggup bunuh mak |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak.. mesti taik dadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak dah taik dadah, biar je depa duk asing. Peduli apa kalau merempat pun. Dah banyak kes taik dadah bunuh mak pak sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
s*al nye anak gini..mendadah laa punca nye tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada paya terubong kt bworth... |
|
|
|
|
|
|
| |
|