CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Pahang] MBK sita bot depan rumah

[Copy link]
Post time 7-12-2022 04:59 PM | Show all posts |Read mode

BOT yang diparkir di hadapan rumah di Kuantan. FOTO Ihsan MBK

Kuantan: Tindakan seorang pemilik bot yang meletakkan kenderaan itu mengundang padah apabila Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyita bot terbabit di sebuah taman perumahan di daerah ini, hari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata tindakan itu dilakukan selepas pemilik kenderaan itu gagal mengalihkan bot terbabit.

Katanya sebelum tindakan itu dilaksanakan, pihaknya sudah menasihati dan mengeluarkan notis supaya pemilik terbabit mengalihkan bot itu berdasarkan tempoh yang ditetapkan.


"Bagaimanapun, kegagalan berbuat demikian menyebabkan MBK mengambil tindakan menyita bot terbabit yang diletakkan di hadapan rumah, hari ini.

"Tindakan itu juga susulan daripada aduan daripada penduduk taman perumahan itu yang berasa tidak selesa dengan adanya bot terbabit sejak bulan lalu.

"Bukan saja mencetuskan ketidakselesaan penduduk, malah ia juga menyebabkan halangan," katanya ketika dihubungi, hari ini

Beliau berkata, atas keselamatan orang ramai, MBK bertindak mengalihkan bot terbabit mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Kegagalan pemilik bot untuk menuntut kenderaan itu akan menyebabkan jumlah denda akan bertambah dalam tempoh sehari.

"Dalam tempoh sehari, sejumlah RM100 akan dikenakan terhadap pemilik dan sekiranya gagal menuntutnya, jumlah itu akan bertambah setiap hari," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ita-bot-depan-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.046005 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list