CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4720|Reply: 2

Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS

[Copy link]
Post time 9-11-2010 08:34 AM | Show all posts |Read mode
file:///C:/DOCUME%7E1/Training/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/Training/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpg

KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIVsejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat,Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelahdia kini disahkan menghidap AIDS.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.
Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di HospitalSegamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Asehberkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarangpersetujuan daripada keluarga remaja itu.

"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberipampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit.Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutandengan kesalahan yang mereka lakukan.

"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkanmenghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darahputihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan KomunitiUMNO di sini semalam.
Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yangterperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut keranaterdapat jangkitan kuman pada limpanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


* gelap mase depan budak ni...kesian sungguh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 09:39 AM | Show all posts
Ya Allah, kesianyeee.org yang tak berslaah jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 09:56 AM | Show all posts
kurus jer budak tuh tgk dlm gamba td....aku nak post gamba, tak pandai...heheeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.601634 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list