CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kontena bawa e-waste dari AS diarah pulang

[Copy link]
Post time 8-12-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Kontena bawa e-waste dari AS diarah pulang


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



SISA buangan elektrik dan elektronik dari Amerika Syarikat di Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT). FOTO Ihsan JAS Pulau Pinang.




Butterworth: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kontena membawa muatan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari Amerika Syarikat (AS) yang masuk melalui Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT), di sini pulang ke negara asal.

Ini berikutan, sisa buangan yang terdiri daripada buangan sekerap membabitkan papan litar bercetak (PCB), pemacu cakera dalaman, unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dan lain-lain komponen elektronik berkenaan dipercayai ingin dilupuskan secara haram di negara ini.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya membongkarkan kegiatan itu selepas menjalankan pemeriksaan bersama Unit Koordinasi Pengurusan Sempadan (CBM) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di pangkalan terbabit hari ini sebelum mengeluarkan notis arahan kepada pengimport.

"Turut serta dalam pemeriksaan ini termasuk pihak SIRIM QAS International Berhad Pulau Pinang dan Pegawai Pelabuhan NBCT.

"Kontena ini asalnya ditahan selepas disyaki membuat pengisytiharan tidak benar di mana ia diikrar sebagai 'aluminium aloy' dalam usaha mengelirukan pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati ia sisa buangan e-waste yang dipercayai ingin dilupuskan secara haram di negara ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, satu notis arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta kualiti Alam Sekeliling 1974 dikeluarkan kepada pengimport untuk pemulangan kontena terbabit ke negara asal.

Katanya, kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pengimport berkenaan dikenakan tindakan mahkamah mengikut Seksyen 34B serta Seksyen 31 dan 37 bagi kesalahan gagal mematuhi notis, jika mengingkari arahan yang dikeluarkan.

"Pengimportan haram e-waste dari luar negara adalah menyalahi undang-undang dan Konvensyen antarabangsa (Konvensyen Basel).

"Pelupusan serta pemprosesan secara haram boleh memberikan implikasi negatif kepada alam sekitar dan kesihatan, terutama apabila majoritinya mungkin dihantar ke premis-premis tidak berlesen atau lebih buruk jika dilupus secara dibakar atau ditanam.

"Selain itu, pemprosesan secara haram tanpa alat kawalan boleh menyebabkan pelepasan bahan kimia merbahaya termasuk logam-logam berat yang mencemar tanah, air dan udara," katanya.

Jelasnya, sisa e-waste yang dihasilkan di Malaysia, perlu dihantar dan diproses hanya di premis-premis yang dilesenkan oleh JAS saja.

"Buangan e-waste juga mempunyai bahan-bahan yang boleh dikitar semula, cuma bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula perlu dilupuskan dengan kaedah yang dibenarkan dan selamat," katanya.


Disiarkan pada: Disember 8, 2022 @ 6:40pm



sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.209302 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list