CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Terengganu] Fenomena air pasang besar bukan 'pesta air'

[Copy link]
Post time 10-12-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Nerus: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air dinasihatkan supaya tidak berlengah-lengah untuk berpindah sekiranya penempatan mereka ditenggelami air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Lt Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah, berkata, sekiranya arahan berpindah dikeluarkan pihak berkuasa, penduduk perlu berpindah segera.

"Jangan tunggu air naik baru nak pindah dan elakkan berpindah pada waktu malam kerana proses pemindahan pada waktu malam menimbulkan pelbagai masalah dan kesukaran kepada pasukan penyelamat untuk melakukan operasi," katanya ketika ditemui selepas pemantauan air pasang besar di Pantai Miami, Seberang Takir, di sini, malam tadi.


Beliau berkata, fenomena air pasang besar yang bermula semalam dijangka berakhir Rabu ini dengan ketinggian ombak antara 2.7meter (m) hingga 2.9m.

"Air pasang besar dijangka berlaku antara 10 malam hingga 1.30 pagi dan jika berlaku pertembungan hujan lebat, kawasan rendahseperti berhampiran sungai dan tali air berisiko berlaku banjir.


ANGGOTA APM memantau keadaan ombak berikutan fenomena air pasang besar di Pantai Miami, Seberang Takir. FOTO Ghazali Kori

"Justeru, saya menasihatkan penduduk supaya di kawasan dijangka banjir supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan amaran pihak berkuasa.

"Mereka (penduduk) juga hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan arahan pihak berkuasa memandangkan amaran hujan lebat berterusan membabitkan enam negeri termasuk Terengganu akan berakhir esok.

"Saya nasihatkan penduduk supaya dapatkan maklumat sahih berkaitan amaran bencana yang disalurkan melalui pelbagai medium," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai jangan jadikan fenomena ombak besar sebagai 'pesta air' dengan mengunjungi kawasan pantai bagi melihat ombak.

"Jauh kawasan pantai kerana dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan ombak besar sebarang kemungkinan kejadian tidak diingini boleh berlaku," katanya.

Sementara itu, tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di empat daerah.

Lima PPS itu membabitkan masing-masing dua di Kuala Terengganu, Setiu dan daerah ini Serta satu di Besut dengan 324 mangsa banjir.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-pesta-air-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.048140 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list