CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Kedah] Berbalas tembakan, polis tumpaskan dua penjenayah

[Copy link]
Post time 11-12-2022 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Berbalas tembakan, polis tumpaskan dua penjenayah



Izad Thaqif Hassan
[email protected]



ANGGOTA polis mengawal keadaan di lokasi kes tembak mati dua lelaki berhampiran loji air di Jalan Jeniang-Kalai, dekat sini malam tadi. FOTO Ihsan pembaca.




Gurun: Dua penjenayah maut dalam insiden berbalas tembak di Jalan Jeniang-Kalai, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada 11 malam itu, suspek yang berusia 61 dan 48 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang melakukan rondaan.

Menurut sumber, ketika itu kedua-dua suspek terbabit berada dalam kereta berhampiran loji air sebelum diarahkan berhenti oleh polis.

"Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan berdegil dan terus memecut membuatkan polis terpaksa memintas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek.

"Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, dua suspek terbabit terus melepaskan tembakan membuatkan berlaku insiden tembak menembak," katanya.

Sumber berkata, anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri dan pemeriksaan lanjut mendapati dua suspek yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak.

"Siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai lebih 60 rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan.

"Suspek berkenaan juga turut dikehendaki polis kerana terbabit dalam lebih 15 kes samun," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menemui dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah dalam kenderaan dinaiki suspek.

"Dua suspek terbabit kemungkinan sedang merancang untuk melakukan kegiatan samun.

"Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.

Difahamkan, satu sidang media berhubung kejayaan dan kejadian itu akan dibuat Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dalam masa terdekat.






Disiarkan pada: Disember 11, 2022 @ 10:32pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035759 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list