CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Kedah] Ombak besar ‘tarik’ dua beradik ke laut

[Copy link]
Post time 12-12-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba melihat salah satu mayat yang dijumpai di Pantai Chenang, Langkawi kelmarin.



LANGKAWI – Rakan kepada dua beradik yang ditemui lemas di Pantai Chenang di sini, kelmarin, berasa serik untuk mandi-manda di pantai lagi setelah dua rakan­nya itu lemas depan mata mereka.

Sivaprakash Naidu Mavhiraj, 25, berkata, semasa kejadian, dia bersama Ravishangkar Rajan, 26, dan Juwaras Rajan, 22, baru sahaja bermain di kawasan air pada paras pinggang sahaja dan cuaca masih lagi cerah.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan ombak besar yang da­tang dari arah belakang tanpa kami sedari sebelum ‘ditarik’ ke laut.

“Saya ingat lagi nampak ke­dua-dua mereka di sebelah kiri saya, namun saya tidak dapat capai mereka dan ketika itu saya sedar kaki saya tidak lagi berpijak di atas pasir, jadi saya ber­usaha untuk berenang semula ke pantai.

“Bila saya hampir ke pantai, ada seorang operator jet ski membaling jaket keselamatan kepada saya, sebelum saya be­ritahu mengenai dua lagi kawan saya masih hilang di laut,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini semalam.

Sivaprakash berkata, operator jet ski yang tidak dikenali itu membawa jet skinya dan me­ronda di sekitar kawasan tersebut, namun memberitahu dia tidak menemui dua beradik tersebut.

Tambahnya, dia kemudian mencari seorang lagi rakan mereka, Jeyakumar Ravatharan, 24, yang tidak turun bermain air bersama dan menyedari dia te­lah dihanyutkan jauh dari lokasi mereka mula turun ke dalam air.

Jelasnya lagi, mereka merupakan rakan sejak kecil lagi kerana tinggal di kejiranan yang berhampiran dan kehilangan dua beradik itu amatlah mengejutkan.

“Saya rasa serik untuk mandi laut lagi, sehingga sekarang pun saya masih boleh dengar bunyi ombak yang memukul kami semasa kami ditarik ke laut,” ujarnya.

Jelasnya, kedua-dua beradik itu juga pertama kali ke Langkawi, dan dia yang mencadangkan kepada mereka ke sini.

Katanya lagi, kedua-dua ibu bapa Ravishangkar dan Juwaras berasa sedih dengan kehilangan anak mereka.

Dia turut menyatakan, mayat kedua-dua mereka akan dibawa balik untuk disempurnakan mengikut kepercayaan mereka setelah selesai bedah siasat.

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ua-beradik-ke-laut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050459 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list