|
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Kuantan: Pesakit kanser tulang, Muhammad Adli Azahar akan menjalani pembedahan bagi memotong tangan kanannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), di sini, esok.
Menurut adiknya, Nur Izzati, 22, tangan abangnya itu terpaksa dipotong kerana bimbang sel kanser akan merebak ke bahagian paru parunya.
"Buat masa ini, paru-paru abang masih berkeadaan baik namun untuk mengelak sel kanser merebak itulah doktor terpaksa potong tangan abang.
"Apa yang kami sekeluarga fikirkan sekarang, nyawa abang lebih penting dan kami mahu abang selamat walaupun terpaksa korbankan tangannya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Nur Izzati berkata, abangnya dimasukkan ke hospital berkenaan pada kira-kira jam 2 petang tadi sebagai persediaan untuk pembedahan yang dijadualkan bermula jam 9 pagi.
Muhammad Adli, 29, yang juga bekas pekerja am sebuah syarikat minyak dan gas di Gebeng didiagnosis menghidap barah tulang atau Ostesarcoma pada 12 September lalu dan kansernya hampir menyamai saiz sebiji bola sepak.
Menurut Nur Izzati lagi, kos pembedahan, dan rawatan harian abangnya akan menggunakan wang sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM40,000 yang diterima beberapa hari selepas kisah abangnya disiarkan di akhbar.
"Sepatutnya wang itu digunakan untuk membeli besi (menggantikan tulang) tetapi ia tidak diperlukan lagi, justeru wang itu digunakan untuk kos pembedahan abang.
"Tiada apa yang kami mampu lakukan sekarang selain memohon rakyat Malaysia doakan keselamatan abang yang akan menjalani pembedahan yang amat genting itu esok," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Muhammad Adli yang baru mendirikan rumah tangga awal tahun ini amat terkejut apabila sakit bahu yang disangka hanya sekadar 'frozen shoulder' itu rupanya kanser tulang selepas menjalani pemeriksaan di hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -potong-tangan-esok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|