CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 3

[Pulau Pinang] Wanita melecur, tong gas memasak meletup

[Copy link]
Post time 13-12-2022 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Wanita melecur, tong gas memasak meletup


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



KEADAAN rumah wanita di Taman Sena Permai selepas gas LPG meletup, hari ini. FOTO Danial Saad.




Tasek Gelugor: Wanita melecur hampir keseluruhan badan selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di sebuah rumah di Taman Sena Permai, di sini, 8 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak itu tiba-tiba meletup hingga memusnahkan rumah dua tingkat didiaminya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 8.13 pagi.

"Tiba di lokasi, kami dapati mangsa sudah dibawa keluar oleh jiran.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dihubungi.



KEADAAN rumah wanita di Taman Sena Permai selepas gas LPG meletup, hari ini. FOTO Danial Saad.

Menurutnya, insiden itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal di ruang hadapan rumah rosak.

Difahamkan, mangsa yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan mendiami rumah itu bersama adik lelaki dan isterinya.

Mohd Hazam berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.



Disiarkan pada: Disember 13, 2022 @ 1:18pm



sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2022 02:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 02:45 PM | Show all posts
pic dr BH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2022 06:47 PM | Show all posts
'Api sambar badan kakak, terasa seperti dalam mimpi'

Oleh Nur Izzati Mohamad - Disember 13, 2022 @ 4:29pm   [email protected]




Muhammad Azib melihat peralatan rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat letupan tong gas petroleum cecair (LPG) pagi tadi. - Foto BERNAMA




TASEK GELUGOR: "Saya terus terjaga daripada tidur kerana terperanjat apabila bumbung dan siling rumah menghempap badan, sebelum terdengar jeritan kakak meminta tolong dari tingkat bawah. Dalam keadaan cemas, isteri memberitahu api menyambar badan kakak. Saya terus bergegas mendapatkan kakak dan terkejut melihat keadaannya melecur teruk di seluruh badan."

Detik insiden itu dikongsikan Muhammad Azib Muhamad, 25, adik kepada bakal pengantin, Siti Hajar Hanis Muhamad, 26, yang melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediaman mereka di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.

Muhammad Azib berkata, beliau mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu dan baru pulang ke rumah itu dari Raub, Pahang, malam tadi, setelah selesai majlis perkahwinan sebelah isteri, Marsitah Md Zaki, 25, justeru tertidur selepas subuh akibat keletihan.

"Apabila melihat kejadian itu berlaku, saya terasa seolah-olah berada dalam mimpi, apatah lagi baru bangun daripada tidur. Saya kemudian terus mendapatkan pertolongan jiran serta bomba," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.



Muhammad Azib melihat kesan kejadian letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena. - NSTP/Danial Saad

Muhammad Azib berkata, beliau serta Siti Hajar Hanis tinggal bersama di rumah yang diberikan ibu bapa mereka sejak dua tahun lalu, dan kakaknya itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada Januari depan.

"Ketika kejadian, difahamkan kakak mahu menyediakan sarapan dengan menggoreng ikan. Ia memang menjadi rutin hariannya sejak kakak bekerja dari rumah," katanya sambil memaklumkan bahawa Siti Hajar Hanis kini dirawat di Hospital Kepala Batas dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Beliau berkata, insiden itu turut menyebabkan kediaman dan pelbagai barangan di dalam rumah mereka mengalami kerosakan teruk, termasuk bumbung serta siling tercabut dan tingkap pecah, malah ada perkakas serta perabot terpelanting keluar.

Selain itu, katanya, kenderaan mereka yang diparkir di halaman rumah juga mengalami kerosakan akibat letupan gas memasak terbabit.



Kesan kejadian letupan tong gas petroleum cecair (LPG). - NSTP/Danial Saad

Muhammad Azib juga memberitahu, terdahulu beliau berhasrat membawa isteri bercuti ke Cameron Highlands sebelum pulang ke Pulau Pinang, malam tadi, namun tidak meneruskan rancangan itu kerana mahu berehat sebelum kembali bekerja, esok.

Sementara itu jiran mangsa, Nur Farina Sukri, 26, berkata beliau sekeluarga terkejut dan terus keluar dari rumah sebaik saja terdengar dentuman kuat di sebelah kediaman mereka.

"Apabila keluar, kami mendapati ramai jiran sudah berkumpul di hadapan rumah mangsa yang juga kawan saya. Kami memang terkejut melihat keadaan mangsa melecur hampir keseluruhan badan. Namun, semangatnya begitu kuat kerana masih boleh berjalan walaupun keadaan dia dilihat amat kritikal ketika itu," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064403 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list