CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

[Kedah] Kanak-kanak hilang, kereta jatuh sungai

[Copy link]
Post time 14-12-2022 04:23 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak hilang, kereta jatuh sungai

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 14, 2022 @ 4:14pm   [email protected]





Anggota bomba masih melakukan operasi pencarian mangsa berusia 12 tahun yang dilaporkan masih hilang selepas kereta dinaiki bersama ibu bapanya terjatuh ke dalam Sungai Korok. - Foto ihsan pembaca




JITRA: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan masih hilang, manakala ibu bapanya selamat selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai Jalan Sungai Korok, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.39 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di lokasi sejurus menerima panggilan.

"Maklumat awal yang diterima di lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan.




"Komander Operasi melaporkan terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun masih berada di dalam kereta itu.

"Dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu," katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata, anggota bomba kini sedang melakukan operasi pencarian secara permukaan air dan pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra digerakkan ke lokasi.

"Setakat ini operasi pencarian masih dilakukan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.099750 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list