CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Pulau Pinang] Usaha kandang lembu, rupanya seleweng minyak diesel

[Copy link]
Post time 15-12-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Usaha kandang lembu, rupanya seleweng minyak diesel


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 15, 2022 @ 5:57pm   [email protected]




S Jegan (tengah) menunjukkan lori dan minyak diesel diseleweng yang disita dalam serbuan di Valdor - Foto NSTP/Danial Saad




BATU KAWAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang membongkar kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang berselindung di ladang ternakan lembu hari ini.

KPDN juga menahan seorang pemandu lori di Valdor, Simpang Ampat hari ini berhubung kes itu.

Pengarahnya, S Jegan berkata dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, pihaknya mendapati lelaki berusia 31 tahun terbabit sedang memindahkan minyak diesel dari tangki lori tanah 12 tan yang dipandunya ke tangki plastik yang ditempatkan di lokasi kejadian.

"Serbuan itu dilakukan hasil risikan selama seminggu termasuk menggunakan teknologi dron untuk mengintip aktiviti tersebut sekali gus mengenal pasti kedudukan tempat bahan api itu disembunyikan.

"Maklumat lanjut berkaitan lokasi ini masih dalam siasatan tetapi kita pasti berdasarkan kedudukannya yang terpencil dan agak jauh, mustahil orang lain kecuali mereka yang ada kaitan dengan tempat ini yang tahu selok belok kawasan ini.

"Jalan akses untuk masuk ke sini juga cukup sukar dengan penggunaan dron dalam intipan dan risikan sangat membantu pihak kami," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jegan berkata, berikutan itu KPDN negeri menyita lori tanah 12 tan berkenaan selain sebuah lori tanah tiga tan, 10,400 minyak diesel, 18 tangki plastik berkapasiti 1,000 liter setiap unit, pam motor dan set pam hos dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM92,560.

"Lelaki tempatan yang ditahan itu mendakwa dia baru sahaja seminggu bekerja sebagai pemandu lori tanah 12 tan itu dengan hanya lori tersebut saja digunakan untuk mengangkut minyak diesel sebelum dibawa ke premis ini.

"Kami pasti aktiviti tersebut telah lama dilakukan cuma mungkin pemandunya kerap bertukar manakala minyak yang dikumpulkan akan ditawarkan kepada mana-mana pembida atau pihak industri dengan harga tinggi dan bukan untuk dihantar ke negara jiran," jelasnya.

Beliau berkata, tangki lori tanah 12 tan yang telah diubahsuai itu mampu memuatkan 400 hingga 500 liter minyak berbanding tangki biasa yang terhad setakat 250 liter.

Menurutnya, dalang kegiatan yang mampu mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan itu merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun yang telah ditahan minggu lalu.

Beliau berkata susulan itu pihaknya sedang giat mengesan saki baki individu yang terlibat dalam sindiket membabitkan rangkaian penyelewengan diesel bersubsidi itu dan kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.066483 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list