CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Pulau Pinang] MoU: Pulau Pinang tunggu arahan kepimpinan pusat

[Copy link]
Post time 16-12-2022 11:32 PM | Show all posts |Read mode
MoU: Pulau Pinang tunggu arahan kepimpinan pusat

16 Disember 2022   10:45pm






Kon Yeow




GEORGE TOWN - Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menunggu arahan daripada kepimpinan pusat sebelum memutuskan bentuk kerjasama yang akan dilakukan di negeri ini susulan perjanjian persefahaman antara gabungan Kerajaan Perpaduan yang dimeterai pada Jumaat.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pemeteraian perjanjian permuafakatan oleh lima gabungan politik utama itu adalah titik permulaan kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Malaysia namun mekanisme dan bentuk kerjasama itu tertakluk kepada perbincangan selanjutnya.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan negeri akan melihat apa yang diputuskan dan menunggu arahan seterusnya.

"Di peringkat negeri, setakat ini belum ada perbincangan rasmi antara PH dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berhubung kerjasama.

"Saya rasa hasrat untuk menjalin kerjasama adalah sebagai permulaan tetapi mekanisme dan bentuk kerjasama itu tertakluk kepada perbincangan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Lima gabungan politik utama - PH, BN, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan yang membentuk Kerajaan Perpaduan pada Jumaat menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di Putrajaya bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi negara. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list