View: 298|Reply: 0
|
[Kedah]
Diuji hidap kanser tahap empat, tetap tabah jaga ibu sakit
[Copy link]
|
|

Siti Norlaila Aishah Mohd Shuib (kanan) yang menghidap kanser usus tahap empat terus menjaga ibunya, Siti Salamah Sarmun, 61, yang tidak dapat bergerak akibat masalah lutut. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI
Alor Setar: "Sebelum ini saya mempunyai kekuatan untuk menjaga emak kerana dia tidak dapat bergerak akibat masalah lutut yang dialaminya sejak Mei lalu.
"Tapi sekarang saya pula diuji apabila disahkan menghidap kanser usus tahap empat pada September lalu dan tidak boleh melakukan kerja berat," kata Siti Norlaila Aishah Mohd Shuib, 38.
Menurutnya, pada mulanya dia menyangka hanya mengalami sakit perut biasa dan turut menjalani pemeriksaan imbasan di klinik swasta di Pokok Sena.
Katanya, doktor memberitahu dia tidak mengalami sakit apa cuma sakit perut menyebabkan dia lega.
"Namun saya tidak sedap hati apabila sakit perut itu berulang dan menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum dimaklumkan usus saya tersumbat dan perlu menjalani pembedahan.
"Ketika pembedahan dilakukan, doktor mengesan terdapat ketumbuhan pada bahagian usus sebelum mengesahkan saya menghidap kanser usus tahap empat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Permai, Jalan Tualang, Pokok Sena, di sini, hari ini.
Menurut Siti Norlaila Aishah, setakat ini dia baru dua kali menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Lama Alor Setar.
Katanya, dia yang mempunyai dua anak, Muhammad Darwisy Mohd azam, 11, dan Muhammad Dayyan, 3, kini bergantung sepenuhnya pada suaminya, Mohd Azam Zahari, 38, yang berniaga bihun sup dengan pendapatan yang tidak menentu.
"Suami banyak bantu uruskan kerja rumah kerana saya tidak boleh buat kerja berat tetapi kalau memasak tu saya boleh buat.
"Emak (Siti Salamah Sarmun, 61) menghidap masalah lutut sejak tahun menyebabkan dia hanya duduk dan berbaring di atas tilam dan adik-adik banyak membantu mengangkat ibu untuk ke bilik air.
"Ayah (Mohd Shuib Karim, 64) pula turut membantu menjaga dua anak saya jika saya keluar membantu suami keluar berniaga," katanya.
Menurut Siti Norlaila, ada kalanya dia terasa sesak nafas ketika banyak melakukan kerja dan perlu berehat sepenuhnya di rumah.
Katanya, dia hanya bergantung dengan pendapatan suaminya yang tidak menentu untuk membawanya ke hospital serta membayar bil hospital untuk kemoterapi atau jika dimasukkan ke wad.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian boleh menghubungi Siti Norlaila Aishah 011-26062091.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... abah-jaga-ibu-sakit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|