CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 0

[Terengganu] Bekalan keperluan harian mencukupi untuk mangsa banjir di Terengganu

[Copy link]
Post time 22-12-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Aiman Athirah (kiri) melihat khemah untuk mangsa banjir di Depoh Bekalan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Kerengga.Foto FAIZUL AZLAN RAZAK

Marang: Bekalan keperluan harian dan makanan yang terdapat di lapan Depoh Bekalan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini mampu menampung jumlah mangsa banjir di semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya dimaklumkan semua keperluan untuk mangsa banjir juga sudah dihantar ke semua pangkalan depoh seluruh Terengganu sebelum diagihkan ke PPS.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya mengambil maklum sebelum ini ada berlaku kelewatan agihan barangan kepada mangsa di PPS hingga terputus bekalan.


"Pada awal berlaku banjir, ia berlaku di luar jangka dan pasukan penyelamat mengutamakan membantu menyelamatkan nyawa kemudian disusuli dengan bantuan keperluan lain seperti makanan dan barangan harian.

"Malah, kelewatan menghantar bekalan ke PPS disebabkan ketiadaan kenderaan berat kerana kebanyakan laluan tidak dapat digunakan dengan kenderaan biasa dan menunggu bantuan daripada agensi penyelamat lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau Depoh Bekalan Bencana JKM Pulau Kerengga di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKM negeri, Mazura Ngah Abd Manan.

Aiman Athirah berkata, pihaknya akan memastikan tidak timbul lagi isu PPS terputus bekalan kerana semua keperluan berada di semua depoh lapan daerah di Terengganu.

"Baru-baru ini juga kementerian sudah meluluskan dana darurat sebanyak RM500,000 bagi tujuan keperluan banjir.

"Kita akan melihat dari semasa ke semasa apa keperluan yang diperlukan dan jika perlu tambahan dana, kita akan tambah bagi demi kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Aiman Athirah berkata pihaknya menyarankan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendaftar dengan JKM atau Pejabat Daerah terlebih dahulu.

"Kita mahu memastikan atur gerak kerja mereka dapat diselaraskan dengan agensi yang lain dan NGO boleh berdaftar di mana-mana pejabat daerah.

"Malah, kita tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin membantu mangsa banjir di mana mereka selesa dan buat yang terbaik," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044433 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list