View: 269|Reply: 0
|
[Terengganu]
Lelaki lemas ketika memukat ikan di Kuala Berang
[Copy link]
|
|
ANGGOTA bomba membantu mengalihkan mayat mangsa lemas di Kampung Pengkalan Ajal. FOTO Ihsan PDRM
Kuala Berang: Seorang lelaki maut selepas lemas ketika memukat ikan secara sendirian di Sungai Pengkalan Ajal, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, difahamkan kira-kira 8.30 pagi mangsa Muhammad Haikal Naim Muktar, 20, yang tidak bekerja secara bersendirian ke sungai di kampung berkenaan.
Menurutnya, mangsa yang masih bujang ke sungai berkenaan untuk memukat ikan dan kira-kira 12 tengah hari sepupu dan rakannya ke sungai berkenaan untuk tujuan sama.
"Sepupu mangsa yang ketika itu bersama rakannya melihat mangsa dalam keadaan terapung setengah badan dan bahagian kaki mangsa tersangkut pada akar pokok di sungai itu.
"Mereka menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Ajal, untuk meminta bantuan dan petugas dari Klinik Kesihatan Pengkalan Ajal yang ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Katanya, pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati tiada unsur jenayah. namun siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada waris.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-di-kuala-berang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|