CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Terengganu] 5,000 penduduk terputus hubungan

[Copy link]
Post time 26-12-2022 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Dungun: Laluan di Kilometer 73, Jalan Jerangau - Jabur dekat Bukit Besi, runtuh, menyebabkan hampir 5,000 penduduk di beberapa kampung terputus hubungan.

Penduduk Kampung Dendang dekat sini, Shamsul Azmi Ghazali, 32, berkata, jalan yang menjadi nadi perhubungan penduduk ke Kuala Dungun, Bukit Besi hingga ke Kemaman itu runtuh dalam kejadian banjir besar, Selasa lalu.

Menurutnya, runtuhan itu mengakibatkan sebahagian struktur jalan berlubang hampir dua meter sekali gus ia terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.


"Memang bahaya dan wajar ditutup kerana kita bimbang jalan itu akan runtuh sepenuhnya dan boleh mengancam keselamatan nyawa pengguna.

"Kejadian itu menyebabkan penduduk Pasir Raja, Kuala Jengai, Tepoh, Minda, Talong, Dendang, Paya Lawas dan Jerangau terpaksa menggunakan jalan Kampung Wa dan Kampung Besul untuk ke Bandar Dungun dan Kemaman," katanya.

Katanya, berikutan itu juga, ia mendatangkan kesulitan kepada penduduk untuk melakukan urusan penting kerana terpaksa menggunakan laluan lain yang jaraknya sangat jauh.

Penduduk Kampung Bukit Besi dekat sini, Zukria Yaakub, 45, berkata, dia kesal kerana masih ada pengguna jalan yang sanggup mengambil risiko melalui jalan itu.

"Ada yang sanggup mengalih batu penghadang yang diletakkan pihak berkuasa. Mereka ini tidak tahu tanah di bawah jalan itu sudah terhakis teruk dan boleh menyebabkan kenderaan mereka kemalangan.

"Penduduk sangat berharap supaya pihak berwajib supaya dapat segera membaiki jalan itu," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelesaikan masalah itu.

"Kerja-kerja pembaikan jalan itu akan segera dilakukan dan kita berharap supaya penduduk bersabar," katanya.


Jalan Jerangau-Jabur, dekat Bukit Besi yang runtuh menyebabkan hampir 5,000 penduduk di beberapa buah kampung terputus hubungan. Foto video Rosli Ilham

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... us-hubungan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.126433 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list