|
Perniaga kedai runcit Ke Pot A/P En Ding, 56, (kiri) bersama pembantunya membersihkan kedainya. FOTO BERNAMA
Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus merekodkan penurunan kepada 4,184 orang sehingga 9 pagi ini, berbanding 5,585 orang, malam tadi.
Kesemua mangsa membabitkan 1,374 orang keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.
Satu PPS di Pasir Mas ditutup pagi ini, susulan kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing selepas kediaman mereka pulih daripada banjir.
Berdasarkan laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas yang direkodkan adalah seramai 3,002 orang dan ditempatkan di 12 PPS, manakala di Tumpat (1,182 orang di enam PPS).
Mangsa banjir di Pasir Mas ditempatkan di PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh dengan jumlah 877 orang, SK Gual Tinggi (612 orang), SK Gelang Mas (451 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (403 orang).
Selain itu, mangsa banjir di Tumpat pula berada di SK Pengkalan Kubor 1 dengan 354 orang, SK Geting (262 orang), SK Pengkalan Kubor 2 (180 orang), SMK Geting (193 orang), SK Bunohan (99 orang) dan SMK Chabang Empat (94 orang).
Sementara itu, laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, dua sungai utama di negeri ini melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 8.71 meter (m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu,Tumpat (2.29 m).
Portal eBanjir Kelantan pula mencatatkan tiga jalan yang masih ditutup iaitu dua di Pasir Mas dan satu di Machang.
Di Pasir Mas, jalan yang ditutup ialah Jalan Balai Polis Jeram Perdah dan Jalan Pengkalan Rakit- Batu Karang, manakala di Machang pula Jalan Paloh Rawa- Belukar Panjang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... antan-terus-menurun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|