CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Kelantan] LKIM gesa nelayan berdaftar dengan persatuan

[Copy link]
Post time 26-12-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode

YUSOFF (dua kanan) diiringi Pengarah LKIM Kelantan, Khuzaimah Hussin menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai nelayan yang terjejas akibat banjir di Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Tumpat: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini mendaftar dengan persatuan nelayan agar bantuan dapat disalurkan secara menyeluruh terutama bagi yang terkesan banjir.

Ketua Pengarahnya, Yusoff Othman berkata, setakat ini hanya 90,000 sahaja nelayan seluruh negara yang berdaftar dan dianggarkan 40,000 lagi yang masih belum mendaftar dengan persatuan nelayan di kawasan masing-masing.

"Kita nak semua nelayan jadi ahli supaya kebajikan mereka terbela dan setakat ini hanya 90,000 sahaja yang berdaftar manakala melalui data daripada Jabatan Perikanan merekodkan 130,000 nelayan seluruh negara.

"Banyak manfaat yang boleh diperoleh jika nelayan mendaftar contohnya elaun sara hidup, subsidi diesel, baikpulih dan bina rumah baharu, pinjaman tanpa faedah, pendidikan dan projek tanaman kontang.

"Paling penting di musim tengkujuh ini yang semua maklum nelayan tidak dapat turun ke laut menangkap ikan dan sudah pasti kerajaan akan salurkan bantuan berkaitan," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir di Kompleks LKIM Geting, di sini, dalam program Jiwa Murni dengan menyerahkan sumbangan kepada 33 nelayan di Tumpat yang terjejas banjir.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Pertubuhan Nelayan LKIM, Hamdan Mamat dan Pengarah LKIM negeri Kelantan, Khuzaimah Husain.

Yusoff berkata, setakat ini, 1,250 nelayan di Pahang, Terengganu dan Kelantan terjejas banjir dan pihaknya menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mengagihkan bantuan wang tunai bernilai RM500 serta makanan asas.

Katanya lagi, LKIM juga sudah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana LKIM di peringkat negeri dan ibu pejabat untuk menyelaras di samping membuat persiapan mengenai intervensi bantuan kepada komuniti nelayan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-dengan-persatuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.433176 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list