CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Terengganu] Kembar susah hati kelengkapan sekolah hanyut

[Copy link]
Post time 31-12-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Pasangan kembar seiras bersama ibu saudara yang menjaga mereka sejak kecil, Nik Azizah Nik Muhamad menunjukkan berita mereka lima tahun lalu ketika masuk tahun satu. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Keterujaan pasangan kembar untuk kembali ke sekolah selepas bercuti panjang seakan terpadam apabila segala kelengkapan sekolah dihayutkan banjir.

Nik Nurul Fatikha Nik Aziz, 12 dan Nik Nurul Fathira Nik Aziz, 12 dari Kampung La, Hulu Besut berkata, sejak kecil mereka sudah biasa dengan banjir melanda kampung berkenaan.

Katanya, disebabkan banjir mereka pernah gagal untuk menghadirkan diri pada hari pembukaan sekolah ketika kali pertama menjejakkan kaki di tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La.


"Namun waktu itu kami bernasib baik, banjir tidak terlalu besar dan ibu saudara Nik Azizah Nik Muhamad, 47, sempat menyimpan pakaian sekolah di bahagian bumbung rumah yang dijadikan stor ketika musim banjir," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Kampung La, di sini, kelmarin.

Fatikha berkata, tahun ini rumah kediaman keluarga mereka ditenggelami air dan mereka menumpang di PPS itu sejak awal banjir.

"Jika diikutkan saya mahu pulang ke rumah apabila melihat rakan-rakan sebaya sudah pulang selepas banjir surut dan mula melakukan persiapan masuk ke sekolah.

"Namun sehingga kini kami tidak tahu sampai bila terpaksa tinggal di sini. Jika ikutkan esok sekolah akan buka dan sesi pembelajaran akan berjalan seperti biasa," katanya.

Sementara itu Nik Azizah berkata, sejak mereka tinggal di kampung itu kira-kira 25 tahun lalu, banjir tahun ini paling besar sehingga menyebabkan rumah mereka rosak.

"Kami buntu memikirkan di mana mahu mencari wang untuk membaik pulih rumah sepenuhnya kerana hampir semua bahagian rumah perlu dibaiki termasuk bumbung, dinding serta lantai.

"Kami merayu jika ada mana-mana pihak yang sudi membantu kami untuk membaiki rumah dengan segera dapatlah kami kembali ke rumah dalam masa terdekat," katanya.

Katanya, mereka amat memerlukan keperluan rumah untuk berteduh tambahan pula seorang anaknya sedang hamil.

"Jika rumah kami tidak dapat dibaiki dalam jangka masa singkat ini, kami terpaksa merayu untuk tinggal di PPS ini dalam tempoh lebih lama kerana bimbang keselamatan ahli keluarga jika balik ke rumah dalam keadaan belum siap dibaiki sepenuhnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... apan-sekolah-hanyut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062801 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list