View: 282|Reply: 0
|
[Terengganu]
Mangsa banjir hilang rumah dibantu
[Copy link]
|
|
PENDUDUK merayu keluarga yang diarah berpindah supaya diberi bantuan rumah.
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
4 Januari 2023, 7:45 am
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan membantu keluarga yang diarah keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung La, Besut yang tidak mempunyai tempat tinggal setelah rumah mereka musnah dalam banjir, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Hanafiah Mat berkata, setakat ini terdapat sebuah keluarga sahaja dari PPS berkenaan yang terlibat dalam kes tersebut.
Menurutnya, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan membantu membiayai kos sewa rumah mangsa banjir itu untuk sementara waktu sehingga pembinaan rumah baharu mereka siap sepenuhnya.
“Laporan yang saya terima dari Penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung La memaklumkan hanya sebuah keluarga terlibat.
“Ini hanya kes terpencil sahaja dan Maidam akan membantu membiayai kos sewa rumah mangsa banjir untuk sementara waktu sehingga pembinaan rumah baharu mereka siap sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi, semalamn.
Hanafiah Mat menambah, keluarga lain yang terlibat pula kebanyakannya menumpang di rumah saudara-mara yang tinggal berhampiran.
Menurutnya, kerja pembinaan rumah baharu keluarga tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan.
“Kerajaan negeri tidak akan meminggirkan mangsa banjir, sebaliknya akan diberikan bantuan yang sewajarnya,” ujarnya.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan sebuah keluarga mangsa banjir mendakwa diarah keluar dari PPS Masjid Kampung La walaupun rumah sewa yang didiami sebelum ini musnah dalam bencana tersebut pada 18 Disember lalu. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lang-rumah-dibantu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|