CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 pengedar dadah ditahan ketika berborak

[Copy link]
Post time 6-1-2023 05:51 PM | Show all posts |Read mode
2 pengedar dadah ditahan ketika berborak


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



ANTARA dadah yang dirampas. FOTO Danial Saad




Kepala Batas: Dua lelaki termasuk seorang penghantar makanan ditahan polis bersama tiga jenis dadah dianggarkan hampir tujuh kilogram (kg) ketika mereka berborak di hadapan restoran makanan laut di Raja Uda, Butterworth, 2.30 petang, kelmarin.

Penahanan kedua-dua suspek berusia 22 dan 25 tahun itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Assisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, ketika ditahan kedua-dua suspek yang dipercayai menunggu 'seseorang' sedang berbual di hadapan restoran yang ketika itu belum beroperasi.

Menurutnya, soal siasat yang dijalankan ke atas dua suspek kemudian membawa polis ke bahagian belakang premis sebelum menemui dadah jenis heroin, ganja dan syabu yang disimpan dalam but kereta.

"Kesemua dadah berkenaan iaitu 88 bungkusan heroin seberat hampir lima kg, satu bungkusan ganja seberat lebih satu kg dan satu bungkus syabu seberat 984 gram (g) dengan keseluruhan bernilai RM104,879 dirampas.

"Semakan juga mendapati kereta yang digunakan kedua-dua suspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang sejak 2020," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah dilakukan suspek sejak akhir tahun lalu.

"Kedua-dua suspek yang ditahan ini tiada hubungan keluarga dan hanya kenalan rapat (kawan) yang mana polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung modus operandi kegiatan ini," katanya.

Jelasnya, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod lampau kini direman selama enam hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, IPD Seberang Perai Utara membuat tangkapan terhadap 2,983 individu, tahun lalu dengan 2,628 kertas siasatan dibuka membabitkan 446 kes berkaitan bekalan dadah (613 tangkapan) dan 1,208 kes memiliki dadah (1,373 tangkapan).


Disiarkan pada: Januari 6, 2023 @ 5:40pm





sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.329663 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list