View: 415|Reply: 1
|
[Kelantan]
Penduduk Kampung Miak terputus hubungan akibat jambatan runtuh
[Copy link]
|
|
Gua Musang: Lebih 200 penduduk Kampung Miak, di sini, resah apabila jambatan utama yang menghubungkan kampung itu dengan dengan Kampung Laloh, Kuala Krai, rosak kerana hujan lebat sejak bulan lalu.
Tinjauan mendapati jambatan yang diperbuat daripada kayu balak itu menghubungkan Kampung Miak dan bandar Laloh, Kuala Krai terputus akibat arus deras kerana hujan lebat pada 21 Disember lalu.
Difahamkan, walaupun berada dalam jajahan Gua Musang, namun bandar yang paling hampir untuk penduduk membeli barangan keperluan adalah di Laloh, Kuala Krai.
Wakil penduduk, Tg Usri Tg Hamzah, 55, berkata, disebabkan jambatan utama runtuh, penduduk sukar untuk keluar masuk.
Katanya, lebih menyukarkan apabila ibu bapa terpaksa meminta bantuan daripada penduduk di kawasan Laloh, Kuala Krai, untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
"Sejak jambatan terputus pada 21 Disember lalu akibat kejadian kepala air, hanya kenderaan pacuan empat roda dapat melaluinya, selain penduduk terpaksa meniti di atas kayu balak untuk merentasi Sungai Dapok.
"Malah, penduduk juga sukar untuk keluar membeli barangan keperluan asas dan ada kalanya terpaksa mengirim barang kepada rakan-rakan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda," katanya ketika ditemui di Kampung Miak, di sini, hari ini.
Bagi Tg Sharifah Hidayah Tg usri, 29, dia bersama dua anaknya terpaksa menunggu kenderaan dari Laloh, Kuala Krai untuk membawa anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lela Jasa.
"Lebih satu jam kami terpaksa menunggu di tebing Sungai Dapok bagi membolehkan kenderaan dari Laloh mengambil dua anak yang berusia dua dan sembilan tahun untuk dihantar ke sekolah.
"Saya turut membawa bekal makanan bersama," katanya.
Penduduk, Muhammad Hasan, 56, pula berkata, sejak Disember lalu urusan penduduk membawa keluar hasil getah dan tanaman untuk dijual turut tergendala selepas jambatan yang dibina oleh syarikat pembalak sejak 70-an itu rosak sepenuhnya.
"Kami berharap syarikat pembalakan dapat membaik pulih secepat mungkin jambatan itu, selain pihak berwajib dapat menimbangkan pembinaan jambatan kekal atau laluan alternatif untuk kegunaan penduduk di perkampungan ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Amran Arifin berkata, pihaknya sudah sedia maklum masalah yang dihadapi penduduk Kampung Miak.
"Berkaitan jambatan Kampung Miak, setakat ini pembalak akan mengambil tanggungjawab membuat dan membaiki jambatan yang rosak.
"Namun, dalam masa sama saya akan memanjangkan permohonan ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah jika boleh dibina jambatan baharu untuk kegunaan penduduk," katanya.
Jambatan Sungai Dapok yang menghubungkan Kampung Miak, rosak pada 21 Disember lalu. FOTO Paya Linda Yahya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atan-runtuh-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tempoh perjalanan 110 km, redah sungai untuk hantar bantuan
Gua Musang: Sebanyak 40 keluarga di Kampung Miak, di sini, yang terputus hubungan kerana jambatan runtuh menerima bantuan bekalan makanan asas dan sumbangan kewangan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang (PTJGM), semalam.
Seramai 10 warga kerja PTGJM menempuh perjalanan sejauh 110 kilometer (km) bagi menyampaikan bantuan makanan asas itu.
Penerima, Tg Usri Tg Hamzah, 55, berkata sumbangan PTJGM itu sangat diperlukan buat penduduk di kawasan itu selepas jambatan yang menghubungkan kampung itu dengan jalan utama runtuh pada 21 Disember lalu.
"Sejak dua minggu lalu kami susah keluar untuk membeli barangan keperluan selepas jambatan yang menjadi laluan utama runtuh kerana kejadian kepala air.
"Pergerakan kami terhad, untuk menjual hasil tanaman juga sudah tidak boleh. Jadi bantuan ini datang tepat pada masanya di saat penduduk di sini sangat memerlukan," katanya ketika ditemui di Kampung Miak, di sini, semalam.
Seorang lagi penduduk, Wan Zakiah Yaacob, 42, berkata dia sangat bersyukur kerana ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan ketika penduduk ditimpa kesusahan.
"Bantuan dan sumbangan ini amat besar maknanya bagi kami, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban keluarga kami.
"Tambahan pula kami kini tidak dapat keluar untuk menjual hasil kebun dan membeli keperluan asas.
"Terima kasih kepada Ketua Jajahan Gua Musang yang prihatin akan nasib penduduk di sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Jajahan Gua Musang yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Ab Pattah Hasbullah, berkata sumbangan itu bagi meringankan beban penduduk kampung itu.
"Untuk sampai ke perkampungan itu, jentera kami terpaksa menempuh perjalanan sejauh 110 km dan daripada jarak itu, 30 km adalah jalan tidak berturap hanya boleh dilalui dengan kenderaan pacuan empat roda.
"Malah, kami terpaksa meminta bantuan penduduk untuk meredah Sungai Dapok yang jambatannya sudah runtuh.
"Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak bantuan berjaya sampai kepada penduduk dan diharap ia dapat mengurangkan beban penduduk," katanya.
Hanya kenderaan pacuan empat roda dapat merentasi Sungai Dapok selepas jambatan ke kampung itu runtuh 21 Disember lalu. FOTO Paya Linda Yahya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|