|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/faisal_halim_09_1673241475.jpg)
FAISAL bersama pasukan berlepas ke Bangkok. -FOTO FAM
Bangkok: 'Lambaian' ke final Piala AFF 2022 tampak sudah menggamit pemain Harimau Malaya dan pemain negara, Faisal Halim menegaskan mereka tidak boleh terlepas peluang ini.
Kemenangan 1-0 yang dilakar skuad negara ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama di laman sendiri memberi sedikit kelebihan menjelang aksi kedua di Stadium Thammasat, malam ini (Selasa).
Situasi ini menyaksikan Malaysia sekurang kurangnya hanya perlu seri untuk menyingkirkan skuad 'Gajah Perang' di hadapan penyokong sendiri sekali gus mengesahkan tiket ke final.
"Siapa sahaja yang bermain sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik. Kita boleh dianggap 50 peratus untuk melangkah ke final.
"Kita tidak mahu terlepas peluang terbaik ini," kata Faisal yang menjaringkan gol kemenangan pada aksi berdepan Thailand, Sabtu lalu.
Dalam perkembangan sama, pemain yang bakal menyertai Selangor FC (SFC) itu mengakui rakan sepasukannya perlu terus meningkatkan permainan bagi mengekang Thailand sekali lagi.
"Kita perlu lebih bersemangat dan agresif. Kita dapat bertahan dengan baik tetapi kita bergelut untuk memberi saingan di bahagian tengah.
"Mungkin ada perancangan lebih baik akan diatur oleh barisan kejurulatihan untuk mengatasi perkara ini pada aksi kedua nanti.
"Saya harap kita dapat kekalkan satu jaringan ini di Thailand dan jangan bolos kerana sekurang kurangnya kita masih ada 1-0," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... 05/siiiiiiikit-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|