View: 324|Reply: 0
|
[Pahang]
'Pulanglah anakku...'
[Copy link]
|
|
NG San bersedih ketika menceritakan mengenai kehilangan anaknya sambil ditemani Sim Chon Siang (kiri). Foto Ihsan pembaca.
Kuantan: Seorang ibu berharap anak lelakinya yang hilang dipercayai disorok sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar dapat segera dibawa pulang.
Ng San, 46, berkata, anak lelakinya berusia 18 tahun disembunyikan sindiket berkenaan sejak setahun lalu dan kali terakhir mereka berhubung pada hujung tahun lalu.
"Dia (mangsa) memberitahu dipaksa bekerja selama 16 jam sehari dan juga akan dipukul sekiranya tidak mencapai sasaran kerjanya selain tidak cukup makan dan tidur.
"Dia meminta bantuan namun kami buntu bagaimana mahu menyelamatkannya," katanya dalam video yang dikongsikan Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang, di sini, hari ini.
San berkata, kini bapanya dalam keadaan sakit tenat dan sering merindui cucunya itu selain berharap anak lelakinya itu sempat menemui datuknya.
Sementara itu, Chon Siang berkata, mangsa adalah antara kumpulan rakyat Malaysia yang cuba dibawa pulang sebelum ini namun hanya empat individu daripada kumpulan berkenaan berjaya diselamatkan.
"Mangsa dan beberapa lagi individu disembunyikan sindiket berkenaan sebelum berjaya diselamatkan.
"Hanya empat mangsa berjaya diselamatkan dan dua daripada sudah pulang ke Malaysia sementara bakinya masih ada di Bangkok, Thailand," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 03/pulanglah-anakku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|