View: 293|Reply: 0
|
[Kelantan]
Rugi RM30,000, sarang kelulut musnah akibat banjir
[Copy link]
|
|
Zamri menunjukkan sarang kelulut musnah akibat banjir ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mujur. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Bachok: Penternak lebah kelulut mengalami kerugian kira-kira RM30,000 selepas hampir 50 sarang yang diusahakannya musnah akibat banjir pada Disember lalu.
Zamri Mat Adam, 47, berkata sarang lebah kelulut iaitu spesis Itama dan Thoracica berkenaan yang diletakkan di ladang berdekatan rumahnya ditenggelami air termasuk dihanyutkan banjir.
Menurutnya, ketika banjir, dia berada di rumah dan tidak menyangka air naik mencecah paras dua meter (m) menyebabkan sarang kelulut yang diletakkan di atas bongkah kayu ditenggelami dan dihanyutkan air.
"Banjir baru-baru ini, saya tidak sempat berbuat apa-apa termasuk memindahkan lot kelulut kerana air naik terlalu cepat akibat hujan lebat.
"Saya rasa sudah letak sarang kelulut di tempat yang selamat dan tinggi, namun paras air yang tinggi tetap menenggelamkan lot kelulut.
"Saya hanya mampu melihat lebih sebahagian sarang kelulut yang diusahakan musnah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mujur, di sini, hari ini.
Menurutnya, banjir baru-baru ini disifatkan agak luar biasa kerana paras air tinggi berbanding sebelum ini hanya separas 0.2 m sahaja.
Katanya, walaupun mengalami kerugian, dia reda dan perlu bangkit untuk meneruskan usaha menternak sarang kelulut bagi menyara keluarga.
"Kerugian itu saya anggap sebagai satu ujian dan dugaan. Saya tidak akan berputus asa, malah akan tetap meneruskan usaha ini. Mungkin kejadian ini mempunyai hikmah yang tersembunyi dan saya akan lebih peka ketika hujan lebat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... usnah-akibat-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|