View: 536|Reply: 0
|
Zaqhwan 'rindu' berlumba di AJRRC
[Copy link]
|
|
Zaqhwan meraih gelaran juara keseluruhan kelas ASB1000 di ARRC musim lalu. - Foto FB Zaqhwan
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun tidak menyertai Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun (AJRRC), pelumba negara Zaqhwan Zaidi berharap dapat menyertai semula pentas saingan berkenaan pada musim ini.
Zaqhwan pernah menyertai AJRRC selama dua tahun dari 2018 hingga 2019 namun disebabkan kekangan pergerakan COVID-19, pelumba berusia 27 tahun itu terlepas untuk bersaing di bumi Jepun secara satu musim penuh.
Begitupun, impiannya untuk kembali beraksi tidak pernah padam dan dia berharap kalendar musim 2023 bakal menyaksikan dirinya kembali ke pentas berkenaan selain mahu memberi fokus kepada mempertahankan gelaran di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).
"Kalau diikutkan, untuk kalendar musim ini ARRC. Untuk Seluruh Jepun itu belum tahu lagi. Untuk perlumbaan 8 Jam (Suzuka) pun masih fokus untuk tahun ini cuma tahun lalu tak dapat sertai Seluruh Jepun.
"Mungkin disebabkan krisis COVID-19, jadi saya tak dapat menyertainya. Saya amat berharap untuk menyertai Seluruh Jepun kembali pada tahun ini," kata Zaqhwan yang meraih gelaran juara Asia dalam kelas ASB1000cc di ARRC, musim lalu.
Mengulas mengenai saingan ARRC bagi musim ini, Zaqhwan berkata bukan mudah untuk mempertahankan gelaran memandangkan senarai pelumba kali ini dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada dirinya.
Pelumba pasukan Honda Asia-Dream Racing with SHOWA itu juga berkata, dia masih belum dapat 'menjinakkan' jentera HONDA CBR1000RR R yang baru digunakannya pada musim lalu secara 100 peratus.
"Kalau dilihat daripada senarai pelumba, mungkin tahun ini lebih kompetitif. Ramai pencabar yang boleh saya tekankan seperti Kasma (Daniel Kasmayudin), Haruki Noguchi (naib juara keseluruhan 2023) dan beberapa pelumba Thailand yang berada di tahap prestasi terbaik mereka.
"Jadi bagi saya, tahun ini agak mencabar untuk pertahankan gelaran," katanya yang turut mengharapkan gelaran juara keseluruhan kelas perdana itu dapat dikekalkan oleh pelumba Malaysia selepas mula dipertandingkan pada 2019.
Pada 2019, juara sulung kelas berkenaan dimenangi Azlan Shah Kamaruzaman sebelum ARRC turut terkesan dengan pandemik COVID-19 dan musim lalu, Zaqhwan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan 157 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-berlumba-di-ajrrc |
|
|
|
|
|
|
| |
|