View: 304|Reply: 0
|
[Kedah]
Anggota bomba cedera, kilang proses kertas terbakar
[Copy link]
|
|

KILANG proses kertas musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Sungai Petani: Kilang memproses kertas terpakai di Taman Perindustrian Ria Jaya, di sini, terbakar hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada 5.18 pagi.
"Susulan daripada itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Aman Jaya bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya.
Menurutnya, sehingga kini operasi pemadaman masih dijalankan untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan operasi turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani serta pasukan bomba sukarela.
"Seorang anggota bomba cedera kerana dihempap timbunan kertas ketika memadam kebakaran namun keadaannya dilaporkan stabil dan sudah dihantar ke hospital," katanya.
Menurutnya, setakat ini jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ses-kertas-terbakar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|