CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tengok sahaja, tak ada apa dapat diselamatkan'

[Copy link]
Post time 18-1-2023 07:34 PM | Show all posts |Read mode
'Tengok sahaja, tak ada apa dapat diselamatkan'

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 18, 2023 @ 6:41pm [email protected]




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pemeriksaan di satu daripada lapan kedai makan yang musnah dalam kebakaran di Astaka Jalan Perak, di sini. - NSTP/ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: "Tiada apa yang dapat diselamatkan."

Pengusaha dua unit kedai makan di astaka Jalan Perak di sini, Mohd Fauzi Nasir, 35, sedang memasak sebelum dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 7.15 pagi tadi.

"Saya bergegas ke tempat kejadian tapi tiada apa boleh diselamatkan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menganggar menanggung kerugian RM50,000 tetapi tetap bersyukur kerana kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Mohd Fauzi berkata, kedai makanan dan minuman di astaka itu memang menjadi tumpuan pengunjung terutama pada waktu makan tengah hari.

Kedai makan miliknya adalah antara lapan unit yang terbakar kira-kira jam 7.15 pagi hari ini.

Difahamkan, astaka berusia 38 tahun itu mempunyai 30 kedai namun hanya 16 daripadanya yang beroperasi.

Mohd Fauzi berkata, kebakaran di kedai makan itu memusnahkan 80 peratus premis terutama bahagian dapur.

"Saya mengusahakan kedai makan ini sejak 20 tahun lalu dan beroperasi mulai jam 10 pagi setiap hari," katanya.

Terdahulu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fadzil Mohamad, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.30 pagi.

Siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo, yang meninjau lokasi berkata, pihaknya akan meneliti bantuan bersesuaian kepada semua pemilik kedai makan terbabit.

"Kita harap kerja membangunkan semula astaka ini dijalankan dengan segera dan mungkin dapat dilakukan dengan lebih rapi," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.067011 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list