CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 3

[Pulau Pinang] 'Dua kali saya lihat harga menu dipaparkan, seakan tak percaya nasi lemak RM2.50'

[Copy link]
Post time 1-2-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode
'Dua kali saya lihat harga menu dipaparkan, seakan tak percaya nasi lemak RM2.50'


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 1, 2023 @ 6:03pm [email protected]






GEORGETOWN: Murah dan menjimatkan, itu antara maklum balas diterima dalam kalangan pembeli khususnya golongan B40 mengenai Menu Rahmah yang ditawarkan pada harga maksimum RM5 yang mula dijual di seluruh negara sejak semalam.

Tinjauan di Mydin Wholesale Hypermarket, Bukit Jambul di sini, mendapati kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan harga dan jenis menu ditawarkan termasuk menu sarapan iaitu set nasi lemak, mi goreng, kuetiaw, bihun dan nasi goreng pada harga RM2.50 setiap satu, manakala makanan tengah hari pula ialah nasi dan aneka lauk dengan harga RM4.90.

Pasangan beradik, Rosma Awang, 75, dan Khadijah, 82, berkata inisiatif itu menjimatkan dan memudahkan orang ramai menikmatinya termasuk warga emas.

Rosma dari Batu Maung berkata, berikutan sudah lanjut usia, mereka jarang memasak dan hanya membeli di kedai berhampiran.

"Dua kali saya lihat senarai harga dipaparkan kerana tidak percaya masih ada yang menjual nasi lemak dengan harga serendah RM2.50 pada masa ini.

"Bagi kami yang sudah lanjut usia, memang tidak makan banyak tetapi kepada individu yang berpendapatan rendah dan berkeluarga, ia amat membantu golongan itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif Menu Rahmah dilancarkan kementeriannya itu membabitkan 15,000 premis menjual makanan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Pekerja kontrak, Tasman Masrul, 65, pula berkata, dia mengakui harga barangan dapur dan bahan basah bagi membuat makanan meningkat pada masa ini.

"Saya harap inisiatif jualan murah ini dapat menjadi penanda aras terhadap pengurangan harga makanan di negara ini, " katanya.

Pengurus Cawangan Mydin Wholesale Hypermarket berkenaan, Mohd Sobri Tajudin berkata, menu diperkenalkan sejak kelmarin itu mendapat sambutan baik pengunjung berkeluarga, suri rumah dan pekerja sektor perindustrian serta perkilangan berhampiran.

"Menu itu dimasak sendiri kakitangan di sini menggunakan bahan masakan segar yang dijual di pasar raya ini," katanya.




Orang ramai membeli Menu Rahmah di Mydin Wholesale Hypermarket Bukit Jambul, yang menawarkan sarapan RM2.50 dan RM4.90 bagi makan tengah hari dan malam. NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2023 06:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:12 PM | Show all posts
masih lagi menunggu listing port rahmah.

mydin sangat mampu bagi harga tu sebab, tiada tekanan sewaan premis, dah building dia sendiri punya, tak terkesan mana pun. (giant/tesco/econsave/etc mampu je buat kalau ada benefit pada dorang)

persatuan mamak semalaya, kemampuan dorang nak join rahmah, memang kita semua tau dorang sangat mampu.

semoga kepci pun join rahmah, lagipun ayam korang kecut2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:37 PM | Show all posts
eleh sudah la....telur pon xde jual...ade ke jual telur import...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.312896 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list