CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perbincangan PRN antara MB, Ketua Menteri dijangka 21 Februari

[Copy link]
Post time 3-2-2023 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Perbincangan PRN antara MB, Ketua Menteri dijangka 21 Februari

03 Februari 2023 04:40pm






Kon Yeow (gambar kecil) memberitahu perbincangan antara Menteri Besar dan Ketua Menteri mengenai pembubaran DUN negeri masing-masing dijangka berlangsung 21 Februari ini.




GEORGETOWN - Perbincangan antara Menteri Besar dan Ketua Menteri mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri masing-masing dijangka berlangsung pada 21 Februari ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

"Mungkin perbincangan itu boleh diadakan pada minggu ketiga Februari kerana minggu itu ada perjumpaan MB dan KM bersama Perdana Menteri di Putrajaya dan juga Mesyuarat Majlis Raja-Raja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun semalam yang mencadangkan DUN negeri itu dibubar pada 1 Jun bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Selain itu, Kon Yeow yang juga pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang berkata, untuk seragam dengan semua negeri yang masih belum mengadakan PRN, tarikh yang paling sesuai adalah pada bulan Jun dan Julai.

Enam negeri - Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu - perlu mengadakan PRN masing-masing, tahun ini. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list