CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Kedah] 52 lelaki ditahan teroka nadir bumi secara haram di Kedah

[Copy link]
Post time 7-2-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode



SIK: Seramai 52 lelaki ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) selepas disyaki melakukan aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram dalam Hutan Simpan Bukit Enggang, minggu lalu.

Dalam operasi itu JPNK turut menyita peralatan dan mesin yang digunakan untuk aktiviti terbabit.

Pengarah JPNK, Muhammad Abdullah, berkata tangkapan itu dilakukan pihaknya pada Rabu lalu, manakala peralatan dan mesin yang disita dikeluarkan secara berperingkat.

"Kita sekarang masih lagi melakukan siasatan lanjut, kita akan mendapatkan kelulusan Timbalan Pendakwa Raya untuk proses perundangan terhadap semua lelaki terbabit.


"Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai kes ini kerana tidak mahu mengganggu siasatan," katanya ketika dihubungi BH di sini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Chong yang enggan namanya disiarkan, berkata peralatan dan mesin yang disita dibawa keluar sejak Sabtu lalu, diiringi kenderaan penguat kuasa JPNK dan polis.

Katanya, sebahagian penduduk kampung berasa lega dan berpuas hati melihat kegiatan itu dapat dilumpuhkan selepas kali pertama dikesan pada Oktober lalu.

"Penduduk memang hairan melihat kenderaan serta bahan yang dipercayai untuk aktiviti ini dibawa masuk ke Bukit Enggang, ingatkan kerajaan negeri mahu mulakan aktiviti penerokaan REE, rupanya tidak, ia dilakukan secara haram oleh pihak lain.

"Setiap kenderaan yang keluar masuk di sini kami akan cam, jika nampak berlainan sikit kami boleh syak kenderaan ini untuk aktiviti selain daripada projek solar dan tanaman Musang King.

"Mereka yang terbabit aktiviti teroka REE ini tidak boleh berbahasa Melayu dipercayai bukan rakyat Malaysia. Kami sebagai penduduk rasa tak tenang apabila orang luar yang menceroboh tempat kita.

"Saya harap kerajaan lebih peka dengan kegiatan lombong REE secara haram ini, mungkin bukan saja di Bukit Enggang menjadi sasaran mereka. Kerajaan perlu bertindak pantas mengenai isu ini, jika tidak hasil kekayaan negara akan dikaut orang luar," katanya.

Pada Oktober lalu, kerajaan negeri mengesahkan berlakunya kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, namun tidak membabitkan syarikat yang dibenarkan melakukan kajian di tapak berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kegiatan itu sama sekali tidak membabitkan kerajaan negeri atau syarikat Prospek Suria Sdn Bhd yang diberi lesen eksplorasi mengkaji potensi mineral itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... cara-haram-di-kedah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.372513 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list