View: 279|Reply: 0
|
[Kedah]
Kes denggi Kedah meningkat 209.3 peratus
[Copy link]
|
|

Jabatan Kesihatan Kedah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan aktiviti kawalan vektor, termasuk semburan kabus bagi memusnahkan Aedes dan mencegah wabak denggi. - Foto fail NSTP
ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan 209.3 peratus, membabitkan 365 kes setakat Sabtu lalu, berbanding 118 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata peningkatan itu dilihat agak tinggi, namun keadaan masih terkawal dengan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Sehingga 4 Februari lalu, sebanyak 35 wabak direkodkan berbanding 13, bagi tempoh sama tahun lalu. Daripada 35 wabak denggi yang dilaporkan, 24 wabak sudah tamat, 10 masih aktif dan satu wabak tidak terkawal.
"Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 4 Februari juga, sebanyak 32,115 premis diperiksa dan 856 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM415,517.
"Kompaun terbabit dikeluarkan kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan Aedes, mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 " katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Mohd Hayati berkata, dengan peningkatan jangkitan denggi di negeri itu, pembabitan masyarakat dalam usaha mengawal wabak dan kes adalah mustahak.
Katanya, masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes di kediaman dan premis masing-masing.
"Jabatan Kesihatan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan di semua kawasan berlakunya kes dan wabak denggi bagi memutuskan rantaian jangkitan.
"Aktiviti kawalan vektor yang membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan turut dijalankan untuk setiap kejadian kes tunggal atau wabak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ingkat-2093-peratus |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|