|
MAYAT lelaki yang ditemukan terdampar di pantai Lagenda, Pekan. FOTO JBPM Pahang
Pekan: Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terdampar di pantai Lagenda, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan awam berhubung penemuan mayat itu pada 8.05 pagi.
Katanya, setakat ini identiti mangsa berketinggian 1.74 meter tidak dapat disahkan kerana tiada pengenalan diri ditemukan.
"Mangsa memakai baju T kolar bulat warna merah dan ungu manakala berseluar jeans warna biru serta memakai sarung kaki warna hitam.
"Mayat lelaki terbabit dibawa ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini.
Mengulas kemungkinan ia membabitkan kes seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Tanjung Lumpur di Sungai Kuantan, di sini, pada 10 Februari lalu, beliau berkata, siasatan masih dilakukan.
"Belum pasti, masih dalam siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-di-pantai-lagenda |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|