CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maritim Malaysia tahan bot nelayan dikendalikan warga asing

[Copy link]
Post time 15-2-2023 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Maritim Malaysia tahan bot nelayan dikendalikan warga asing

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  15 Februari 2023   06:11pm






Bot serta kesemua kru ditahan bersama 300 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.




GEORGETOWN - Sebuah bot nelayan tempatan kelas C bersama hasil tangkapan seberat 300 kilogram dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana dikendalikan tekong dan empat kru warga asing.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan sekitar 23 batu nautika barat laut Pulau Kendi di sini, pada jam 7.15 petang menerusi Op Pertiwi dan Op Tanjung pada Selasa.

Menurutnya, bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu diperiksa selepas anggotanya mendapati mereka melakukan aktiviti tangkapan ikan di perairan berkenaan.

"Pemeriksaan awal mendapati, bot dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru kesemuanya warga Myanmar berumur antara 19 hingga 44 tahun.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, tekong dan semua kru bot itu gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah serta surat kelulusan bertulis atau permit kerja dari Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Abd Razak berkata, kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

"Kesemua kru ditahan, bot dan 300 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut," katanya.




Sementara itu, Abd Razak berkata, pihaknya mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan pendatang tanpa izin (PATI) untuk bekerja di atas bot walaupun amaran diberikan dan beberapa tangkapan telah dilaksanakan.

"Maritim Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia," katanya.

Orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04 -2626146 atau MERS 999 untuk sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.407466 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list