CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPN Pulau Pinang azam pulihkan akhlak, sahsiah pelajar terbabit vandalisme

[Copy link]
Post time 20-2-2023 11:17 AM | Show all posts |Read mode
JPN Pulau Pinang azam pulihkan akhlak, sahsiah pelajar terbabit vandalisme


Oleh Nur Izzati Mohamad - Februari 20, 2023 @ 10:58am [email protected]




Tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah. - Foto viral




NIBONG TEBAL: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berazam untuk memulihkan akhlak dan sahsiah sekumpulan pelajar yang terbabit dalam kegiatan vandalisme di sebuah sekolah di sini yang video perbuatan mereka tular menerusi media sosial, kelmarin.

Pengarahnya, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata pihaknya percaya ada sebab tertentu yang menyebabkan sekumpulan pelajar berkenaan bertindak sedemikian.

Berikutan itu, katanya semua pelajar terbabit memerlukan bimbingan dan kaunseling supaya mereka sedar serta faham apa yang mereka lakukan sekali gus tidak mengulanginya di masa hadapan.

"Umumnya, kita kesal atas apa berlaku dan kita telah mengadakan perjumpaan dengan waris serta pelajar berkenaan yang segala tindakan diambil adalah berdasarkan pekeliling yang kita ada.

"Berhubung hal ini, kita dalam proses mendidik dan kita akan laksanakan melalui kaunselor dan bimbingan untuk pemantapan sahsiah dan akhlak anak-anak terlibat.

"Kami percaya ada sebab tertentu dia (sekumpulan pelajar) buat begitu dan kita berazam untuk pulih balik keadaan supaya anak-anak ini sedar dan faham apa mereka buat dan saya harap mereka ini tidak mengulangi kesilapan sama," katanya.

Abdul Rashid berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Hari Pertama Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jawi, di sini, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat penggal akhir persekolahan pada Jumaat lalu.

Berdasarkan video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, di sini dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas.

Ketika ditanya sama ada JPN negeri sudah menilai jumlah kerosakan yang dilakukan sekumpulan pelajar itu, Abdul Rashid hanya memaklumkan secara ringkas bahawa pertemuan bersama ibu bapa serta pelajar sudah diadakan bagi membincangkan perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid berkata, seramai 19,501 calon negeri ini menduduki SPM di 147 pusat peperiksaan yang bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

"Pada masa sama, kita juga menyediakan 15 pusat hospital sekiranya timbul keperluan calon menjawab peperiksaan di hospital kerana perlu menjalani rawatan.

"Ketika ini, terdapat seorang pelajar lelaki menjawab peperiksaan di Hospital Sungai Bakap (HSB) selepas dijangkiti Covid-19," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074997 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list