CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 0

[Pahang] 'Adik sudah berlatih lafaz akad nikah'

[Copy link]
Post time 21-2-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: "Adik nak sangat menjadi wali dan menikahkan saya Ahad ini memandangkan kami sudah tiada ayah atau adik-beradik lelaki lain.

"Malah dia sering berlatih dan menghafal lafaz akad nikah untuk majlis itu nanti," kata Saidatul Aina Ahmad, 23, kakak kepada Muhamad Ikhmal Hakim Ahmad, 20, yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Cempedak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, Muhamad Ikhmal dan rakannya Amirul Izat Zainal Abidin, 19, dihanyutkan arus deras ketika mandi di pantai terbabit bersama seorang lagi rakan.

Namun, Amirul Izat berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tenggelam dan masih hilang.


SAIDATUL Alia (kiri) yang ditemui ketika usaha mencari dan menyelamat Muhammad Ikmal Hakim yang dikhuatiri lemas. FOTO Farizul Hafiz Awang.

Saidatul Aina berkata, dalam keluarga, dia paling rapat dengan mangsa yang juga anak bongsu daripada lapan beradik, malah mereka sering berkongsi cerita bersama.

"Kebelakangan ini adik memang suka ke pantai, malah sering mengajak saya menemaninya namun, hari ini dia hanya beritahu ingin keluar bersama rakan tanpa menyatakan lokasinya.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi oleh pihak bomba, saya juga menghubungi nombor adik untuk mengesahkan kejadian dan ia dijawab anggota bomba," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Sementara itu, Amirul Izat berkata, dia dan Muhamad Ikhmal serta seorang lagi rakan, Fadly Simon, 20, datang ke pantai berkenaan untuk mandi dan sepatutnya pulang sebelum mangsa masuk kerja jam 4 petang.

"Ketika tiba di pantai, air laut sangat tenang, tiba-tiba Fadly yang berada berhampiran darat menjerit supaya kami segera naik memandangkan air semakin pasang dengan ombak kuat dan arus laju.

"Ketika berjalan ke darat, tiba-tiba kami terjatuh ke dalam teluk yang dalam menyebabkan kami hampir lemas... Ketika itu, saya sempat memegang tangannya.

"Saya berjaya keluar dari teluk itu namun mangsa terus tenggelam dan usaha mencarinya juga gagal," katanya.

PASUKAN penyelamat bertungkus lumus, mencari Muhammad Ikmal yang dikhuatiri lemas di Teluk Cempedak. FOTO Farizul Hafiz Awang.
PASUKAN penyelamat bertungkus lumus, mencari Muhammad Ikmal yang dikhuatiri lemas di Teluk Cempedak. FOTO Farizul Hafiz Awang.

Katanya, Muhamad Ikhmal dan Fadly sepatutnya menghadiri temuduga kerja di sebuah stesen minyak di Bukit Pelindung, di sini, esok.

"Kami baru kenal beberapa bulan lalu kerana bekerja bersama di sebuah kedai serbaneka di Galing, di sini, mangsa seorang yang sangat periang malah hari ini juga dia kelihatan sangat gembira," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, seramai 10 anggota polis menyertai operasi dan mencari (SAR) yang turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, dan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Operasi SAR membabitkan pencarian melalui darat dan air menggunakan tiga bot. Operasi akan disambung semula esok," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -akad-nikah-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.202664 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list