CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Pahang] Ibu 2 anak masuk APMM ikut jejak suami

[Copy link]
Post time 26-2-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

YUSNIA (kanan) bersama Nur Mohd Farhan menyambut dua anak mereka selepas tamat Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim. FOTO Khairulmizan Yahya

Kuantan: Rasa kagum dengan kerjaya suami sebagai pegawai di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuatkan Leftenan Muda Maritim, Yusnia Ismail nekad untuk mengikut jejak suaminya menyertai agensi terbabit.

Yusnia, 31, dari Muadzam Shah, Rompin, bukan sahaja berjaya menamatkan latihan malah diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Wanita pada Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 2022 di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), di sini, semalam.

Suaminya, Leftenan Madya Maritim, Nur Mohd Farhan Mohd Amin, 33, dari Lumut, Perak berkhidmat dalam APMM sejak 2017 turut hadir meraikan hari gembira itu.

Yusnia berkata, dia bangga dengan suaminya kerana sentiasa bersedia untuk negara malah sanggup melaporkan diri untuk bertugas walaupun mereka sedang bercuti dan dari situ dia terdorong untuk turut sama berbakti kepada tanah air.

"Saya cabar diri saya, kalau suami saya boleh buat, saya pun boleh buat tetapi cabaran terbesar saya lalui ketika menjalani latihan apabila terpaksa berpisah dengan anak-anak kerana saya tidak pernah berpisah lama dengan anak sebelum ini.

"Sepanjang latihan terutama ketika berlari setiap pagi, setiap kali saya rasa penat, saya akan fikir saya datang ke sini dan tinggalkan anak-anak, tak kan saya nak berhenti di sini, jadi, saya nekad tidak akan berhenti di pertengahan jalan. Saya buat ni pun untuk keluarga saya juga," kata ibu kepada dua anak berusia empat dan enam tahun.

Mengenai anugerah yang diterimanya, Yusnia berkata, dia dapat menjadi yang terbaik kerana berada dalam skuad yang terbaik, mempunyaijurulatih yang terbaik, serta tempat latihan yang terbaik.

"InsyaAllah, kami suami isteri akan sentiasa bersiap siaga untuk menjaga keselamatan perairan negara," katanya.

Dalam pada itu, suaminya, Nur Mohd Farhan berkata, dia tidak menjangka isterinya mahu menyertai APMM namun menyokong keputusan pasangannya itu.

"Cara kerja di agensi ini berbeza, jadi untuk dia faham kerja saya elok juga dia menyertai agensi ini. Namun pada mulanya saya tidak rasa dia serius ketika memberitahu dia mahu hadir temuduga APMM.

"Pada mulanya saya tak sanggup juga sebab memikirkan dia terpaksa melalui latihan fizikal dan fikir mungkin akan membebankan dia, jadi saya tidak terlalu menekannya namun dia berjaya membuktikan bahawa dia mampu mengharunginya," katanya.

Sementara itu, Leftenan Muda Maritim, Mohamad Haikal Ahmad, 33, daripada Yan, Kedah pula dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan pada majlis berkenaan.

"Walaupun pernah menjalani latihan sebelum ini namun ia pengalaman berbeza kerana dulu saya menjalani latihan ketenteraan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang banyak menguji kemampuan fizikal sebaliknya latihan pegawai pula lebih kepada pengurusan masa dan menguji mental," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mm-ikut-jejak-suami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.157057 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list