CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 0

[Kelantan] Menu Rahmah beri nilai tambah kepada restoran

[Copy link]
Post time 2-3-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode

MENU Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di Restoran Al Khalish Pasir Tumboh di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Pengenalan Menu Rahmah mampu membantu restoran dan kedai makan untuk menjadi lebih maju apabila dapat menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan akan memberi nilai tambah kepada premis yang terbabit.

Menurutnya, Menu Rahmah yang dilaksanakan itu tetap relevan termasuk di negeri ini.

"Menu Rahmah ini tetap relevan (di Kelantan). Kita tidak akan 'usik' model perniagaan kedai makan atau restoran, malah kita akan tolong promosi (mereka).

"Insya-Allah kita akan membantu mereka untuk memberi nilai tambah dengan menggamit lebih ramai orang datang ke kedai mereka. Konsep Menu Rahmah ini akan tarik orang (datang)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelaksanaan Menu Rahmah di Kelantan yang dianggap tidak relevan dan dipersoalkan kerana ada menu berharga lebih murah terutama nasi berlauk yang dijual RM3 sebungkus.

Terdahulu, Salahuddin hadir di Majlis Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di Restoran Al Khalish, Pasir Tumboh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail dan Pengasas Al Khalish Group, Hassan Saifuddin.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, pihaknya berharap lebih ramai peniaga yang berminat untuk menyertai program Menu Rahmah.

"Dari sehari ke sehari, penyertaan peniaga dalam program Menu Rahmah itu semakin bertambah dan sehingga hari ini sebanyak 1,142 premis di seluruh negara yang menyertainya tidak termasuk restoran makanan segera.

"Di Kelantan, terdapat 90 premis makanan yang menyertai program ini dan diharapkan lebih ramai peniaga yang mahu sama-sama menjayakan Menu Rahmah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bah-kepada-restoran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.029640 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list