CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Terengganu] Sultan Mizan prihatin terhadap konservasi alam sekitar

[Copy link]
Post time 4-3-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode

SULTAN Mizan Zainal Abidin berkenan melakukan selam skuba untuk menghayati keindahan di dasar laut di perairan Terengganu.

  

KUALA TERENGGANU: Keprihatinan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap usaha konservasi khazanah alam sekitar yang menjadi aset berharga di negeri ini dikagumi rakyat jelata.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapa­ngan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Hasrizal Shaari berkata, ba­ginda sangat mengambil berat terhadap ancaman kemusnahan terumbu karang yang agak membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, Sultan Mizan juga sering meluangkan masa melakukan selam skuba untuk menghayati keindahan di dasar laut di perairan Terengganu.

“Seperti yang diketahui umum, Terengganu adalah destinasi pelancongan popular khususnya bagi mereka yang meminati sukan selaman skuba.

“Keprihatinan baginda terhadap alam sekitar adalah antara faktor penting yang menyumbang kepada kelestarian keindahan dasar laut Terengganu.

“Peranan baginda di dalam aktiviti yang melibatkan pemeliharaan alam sekitar ba­nyak di­salurkan melalui Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

“Yayasan ini aktif dalam aktiviti bercorak pemeliharaan alam sekitar khususnya di Pulau Bidong,” katanya.

Pulau Bidong adalah salah satu pulau yang diletakkan di bawah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.

Hasrizal berkata, lebih me­ngagumkan adalah Sultan Mizan pernah meluangkan masa menyelam di dasar perairan Pulau Bidong dan menyokong usa­ha konservasi yang dilakukan UMT serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

“Semoga keindahan dasar laut Terengganu terus les­tari dengan kecaknaan ba­ginda dan menjadi daya tarikan yang mampu menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Selain itu, kecaknaan Sultan Mizan terhadap alam semulajadi, warisan dan kebudayaan juga diakui penduduk di beberapa perkampungan sekitar Tanah Bencah Setiu seperti Kampung Pengkalan Gelap dan Kampung Mangkuk.

Tengku Azam Tengku Mat, 68, yang dikenali sebagai Ayah Ku berkata, setiap kali melawat Tanah Bencah Setiu, Sultan Mizan pasti memberi penekanan mengenai kepen­tingan mengekalkan kelestarian alam semula jadi di kawasan itu untuk warisan generasi masa depan.

“Baginda sangat menyukai keunikan Tanah Bencah Setiu kerana mempunyai sembilan ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... rvasi-alam-sekitar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.042487 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list