CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2852|Reply: 2

[Pahang] Pesara guru rugi hampir RM92,000 akibat Phone Scam

[Copy link]
Post time 9-3-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Pesara guru wanita kerugian RM91,980 akibat terpedaya dengan Phone Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa berusia 62 tahun dari Jerantut itu mendakwa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan KKM pada 3 Mac lalu.

Menurutnya, suspek dikatakan menyamar sebagai pegawai KKM dari Putrajaya yang memaklumkan bahawa mangsa membeli ubat dalam kuantiti yang banyak ketika berada di sebuah klinik di Alor Setar, Kedah.

"Suspek kemudiannya menyambungkan panggilan itu kepada individu yang dipercayai menyamar sebagai pegawai polis dan dikatakan terbabit dengan sindiket pengubahan wang haram dan aktiviti dadah.

"Mangsa diminta memberikan maklumat bank dan membuat transaksi sebanyak empat kali ke akaun yang diberikan oleh suspek sehingga mengalami kerugian RM91,980.

"Siasatan mendapati mangsa membuat transaksi wang simpanan sendiri, wang hasil sawit adik beradik dan wang simpanan pencen arwah suaminya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ramli menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan yang berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0-akibat-phone-scam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 11:55 AM | Show all posts
perlu berwaspada sekarang. ramai orang scammer. macam macam dia call cakap sampai terpedaya. berhati semua, dan jangan berikan info peribadi kepada sesiapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2023 01:26 PM | Show all posts
redr0se replied at 9-3-2023 11:55 AM
perlu berwaspada sekarang. ramai orang scammer. macam macam dia call cakap sampai terpedaya. berhati ...

itu sebagai ingatan kepada diri sendiri dan juga kawan2

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043207 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list